Jika anda suka mana-mana gambar ataupun ayat dalam page ni. Silalah copy, tag ataupun share. Tidak perlu minta izin kerana ilmu ini semua datangnya dari Allah.

Thursday, July 26, 2012

Solat: Sujud Sajdah atau Sujud Tilawah

Admin acu : Selamat Bersahur sahabat KAJPDR Jom Kenali Sujud Sajdah atau Sujud Tilawah. Pagi Pagi Jumaat Solat Subuh di Masjid kebiasaan Imam membaca surah al sajdah.


Ada satu lagi Sujud yg kita wajib tahu, iaitu Sujud Tilawah atau Sujud Sajdah. Sujud Tilawah adalah apabila kita membaca al-Quran atau kita mendengar al-Quran dibacakan, dan kita membaca atau orang yg membaca al-Quran itu membaca ayat-ayat Sajdah, maka wajib kita Sujud sekali dan bacalah doanya, yg akan kita teliti nanti. Selain itu, ketika kita bersolat atau kita menjadi makmum dalam suatu solat, dan Imam membaca satu ayat Sajdah, maka Imam akan terus Sujud dan kita sebagai makmu ikut Imam Sujud dan bacalah Tasbih Sujud Sajdah itu. Di dalam al-Quran dijelaskan bahawa sesiapa yg membaca Ayat Sajdah atau mendengar Ayat Sajdah dibacakan, dia tidak Sujud maka dia dimurkai Allah (a.w).

Di bawah ini kita turunkan dua daripada beberapa banyak hadith menyebut tentang Sujud Sajdah. Sujud Sajdah ini hendaklah dibaca, bukan sahaja semasa bersolat tetapi juga semasa membaca al-Quran di luar solat:

Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Omar (r.a) berkata: ‘Kadang-kadang membaca Rasulallah (s.a.w) al-Quran, maka bertemu dengan ayat Sajdah, maka Sujud bersama kami sehinggakan berasak-asak kami di sisi beliau, sehingga tidak dapat salah seorang kami tempat untuk Sujud dalamnya’ (Sambung Abdullah Omar): ‘(Sujud) yang selain dari Sujud solat.’ [Hadith Muslim, Kitab Solat]

Di dalam hadith di atas diberitahu oleh Abdullah bin Omar (r.a) bahawa Rasulallah (s.a.w) membaca al-Quran dan, seperti biasa, para sahabat turut sama membaca, yakni belajar dengannya, maka pada suatu ketika Rasulallah (s.a.w) membaca ayat Sajdah, maka beliaupun Sujud, yakni, Sujud Tilawah. Dan, para sahabat juga Sujud. Dan disebabkan, terlalu ramai ketika itu, sampai ada sahabat yang tidak dapat meletakkan dahi mereka untuk Sujud, dan terpaksa Sujud di atas belakang sahabat yang lain. Di dalam hadith berikut, Abu Hurairah (r.a) memberitahu pula dua surah al-Quran yang ada terdapat ayat Sajdah, dan ketika membacanya, Rasulallah (s.a.w) membuat Sujud Tilawah.

Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata bahawasanya berkata: ‘Sujud Rasulallah (s.a.w) di dalam (Surah) ‘izas samaun syaqqat’ [Surah al-Insyiqaq] dan ‘iqrak bismi rababika’ [Surah al-‘Ala’] [Hadith Muslim, Kitab Solat]

Kedua-dua hadith ini merujuk kepada bacaan dalam solat. Ketetapannya adalah ketika membaca ayat Sajdah, hendaklah imam dan makmum terus Sujud sambil menyebut tasbihnya semasa Sujud (Allahu Akbar), dan ketika Sujud membaca kalimah khusus untuk Sujud Tilawah itu, dan kemudian bangkit semula dengan menyebut takbirnya (Allahu Akbar), dan teruskan membaca ayat-ayat berikutnya. Sila rujuk kalimah Doa Sajdah dalam Bab 9 Kitab ini. Apabila membaca al-Quran di luar solat, apabila bertemu dengan ayat Sajdah, hendaklah kita Sujud mengadap Qiblat dan membaca Doa Sajdah juga. [Nota: Sujud Tilawah atau Sujud Sajdah adalah melakukan satu Sujud sebagaimana Sujud bersolat apakala bertemu atau membaca ayat-ayat Sajdah dalam al-Quran. Hendaklah duduk seumpama duduk ketika Sujud, kemudian menyebut Takbir (i.e. Allahu Akbar) dan terus Sujud. Pastikan sebagaimana Sujud ketika solat, tujuh anggota Sujud berada di atas tempat Sujud].

Bacaan ketika Sujud Sajdah: 'Sajjada wajhiyalillazi khalaqahu, syaqqa sam'ahu wa-basarahu bi-haulihi wa-quatik atau mengikut sepotong hadith lain: 'Allahumma laka sajadtu, wa-bika amantu, wa-laka aslamtu. Anta rabbi. Sajjada wajhiyalillazi syaqqa sam'ahu wa-basarahu, tabarakkalahu ahsanul khaliqin'.

No comments:

Post a Comment