Gambar Hiasan |
Kisah kali ini diceritakan oleh seorang
hamba Allah di sebuah taman perumahan di sekitar Ipoh(namanya
dirahsiakan)…Kisah ini amat menyentuh jiwa saya apabila ianya
diceritakan kembali oleh salah seorang anak murid pengajian saya di
taman perumahan tersebut…..
Ceritanya mengisahkan seorang ayah dari
keluarga yang miskin..kerja sendiri hanya menoreh getah..datangnya jauh
dari kampung..dengan menaiki teksi..membawa beg dan barang-barang milik
anak gadisnya.. yang dapat melanjutkan pelajarannya di sebuah institusi
pengajian di Ipoh..menyewa di rumah sewa bersebelahan dengan rumah tuan
empunya cerita ini.
“Masih saya ingat lagi ustaz…. bagaimana
senyuman bangga ayah si gadis ini… yang terlalu seronok kerana anak
gadisnya berjaya melayakkan dirinya menjadi pelajar di Institut
Pengajian Tinggi
“Saya dapat melihat dengan
jelas..bagaimana ayah si gadis ini ..sibuk mengangkat barangan
anaknya..dengan mulutnya riuh rendah..sambil melemparkan senyuman kepada
dirinya…sebagai jiran kepada anaknya itu.Setelah bersalaman
dengannya..ayah si gadis ini ramah menceritakan kejayaan anaknya..dan
anaknya itulah yang diharapkan akan menempah kejayaan ..seterusnya dapat
membela hidup mereka sekeluarga suatu hari nanti.
Sedang kami berbual.. terdengar anak
gadis si ayah ini merungut…katanya “Ayah…kat sini tak ada
tilam..la..takkan nak tidur atas toto aje ..nanti sakit lah badan along
ni..!!” kata anak gadisnya merungut manja…sambil meneruskan bebelannya
dengan suara yang kurang jelas.
Ayahnya hanya tersengih..sambil menjawab
“nantilah ayah belikan..tengah ni duit ayah dah habis…. beli
kelengkapan kamu…kita bukan orang senang…”
“Ok lah ok lah…tapi ayah beli cepat sikit tau…nanti macam mana along nak
belajar..tidur tak selesa….nanti tak boleh tidur….haaa..ganggu prestasi
along..!!”
Ye la…ye la…..nanti ayah beli lah….”
Ye la…ye la…..nanti ayah beli lah….”
Sebulan telah berlalu…si ayah belum lagi
nampak ..kelibatnya membawa tilam yang dijanjikan…mungkin..sedang
kumpul duit nak beli tilam agaknya…maklumlah kerja kampung bukan orang
senang….rumah yang anaknya sewa pun bayarannya kongsi ramai-ramai…satu
rumah duduk lapan orang.
“Apa yang tak seronoknya ustaz ialah….budak-budak perempuan di sebelah
rumah saya tu…pada mula mereka duduk menyewa tiada apa masalah ataupun
gangguan tapi lama kelamaan..rumah sewa anak dara di sebelah saya ni dah
mula dilawati oleh budak-budak lelaki…ada yang datang bermotosikal dan
ada yang datang dengan menaiki kereta….
“Entahlah ustaz..bukan tak tegur..dah tegur dah….tapi jawab budak lelaki
yang datang bertandang tu…pakcik ni sapa?…bapak diorang ke ..????”
terkedu saya ustaz apa nak dikata lagi…..”Kadang-kadang ustaz bebudak
lelaki tu duduk rumah sewa budak perempuan sampai ke tengah malam….gerun
saya ustaz….!!”
“Pernah sekali tu saya terfikir untuk melaporkan perkara ini kepada
penguatkuasa jabatan agama…tetapi saya risau pulak nanti bebudak lelaki
tu akan serang saya balik..atau apa-apakan keluarga saya..saya pun ada
anak dara ustaz…risau saya ustaz…apalah upaya saya ustaz…”
“Berkenaan dengan anak gadis si ayah
yang malang ni tadi..setiap hari keluar dengan pakwenya…maklumlah orang
sedang bercinta..bercouple…mak bapak pulak jauh ..jadi line
clear…ustaz..kadang-kadang tengah malam baru nampak balik ke rumah
sewanya..entah lah..sedih saya apabila mengenangkan bapanya yang cukup
baik.”
Suatu petang ustaz….sedang anak gadis si ayah ni keluar macam biasa
dengan pakwenya….ayah si gadis ini sampai ke rumah sewa anak
gadisnya….dengan menaiki motorsikal..di belakang motorsikalnya itu
terikat tilam kekabu….sambil dia berhenti ..lalu terkial-kial si ayah
ini cuba menongkatkan motornya…kerana tilam kekabu itu berat…..kemudian
si ayah itu menjerit memanggil nama anaknya.. sambil mengelap peluhnya
yang mengalir laju…terdengar suaranya yang mengah..memanggil-manggil
anaknya..tetapi tiada sahutan…sunyi…kerana hari itu hari cuti…ada yang
dah balik kampung hujung minggu dan ada yang biasa la..tengah menenggek
di belakang motorsikal pakwe mereka…termasuklah anak gadis si ayah yang
malang ini.
“Saya pun keluar dari rumah….lalu
memanggil si ayah ini tadi..abang..mari masuk berehat di rumah saya
dahulu…bebudak ni tak ada mereka keluar agaknya…”kata saya kepada si
ayah .”
“Ke mana mereka pergi….agaknya…keluar
ramai-ramai ke.bila balik agaknya.?” tanya ayahnya…bertalu-talu…saya
hanya mendiamkan diri….lalu saya berkata kepada si ayah…tak mengapa
bang…rehat dulu..abang letih tu datang dari jauh….bawak masuk motor
abang tu ke dalam laman rumah saya….”
Si ayah bersetuju kerana tiada pilihan
lain…nak balik alang-alang..dah sampai ..bukannya dekat..lagipun bukan
senang nak datang balik…..si ayah nampak keletihan sambil menolak
motorsikalnya dengan beban tilam yang berat.
Si ayah menunggu…sehinggalah waktu
maghrib telah masuk….si anak masih tidak balik lagi….saya mengajak si
ayah masuk ke dalam rumah mandi dan menunaikan solat maghrib ..kemudian
saya menjamunya makan malam.Si ayah nampak keberatan tapi apa kan daya
kerana menunggu anaknya …lantaran hati kecilnya merasa risau kalau-kalau
anaknya tidak selesa tidur di atas toto…takut kesihatan anaknya
terganggu.
Sedang kami duduk menunggu anaknya….yang masih tidak balik walaupun
waktu isyak sudah lama berlalu….tiba-tiba si ayah sudah mengesyaki
sesuatu…..lalu bertanya kepada saya…”Anak saya ni keluar dengan siapa
sebenarnya encik?”
Saya hanya terdiam…tak terkata
apa-apa….lalu saya menjawab…”beginilah bang..abang tunggulah sampai dia
balik ..lihatlah sendiri dan tanyalah sendiri dengannya.”
Si ayah semakin risau……dan semacam sudah
mengesyaki sesuatu yang tidak baik sedang dilakukan oleh anak gadisnya
itu.Tepat pukul 2.15 pagi…barulah anak gadisnya pulang..dengan
membonceng motorsikal pakwenya..memeluk mesra…pakwenya….berhenti di
depan rumah sewa.
Si anak gadis itu kemudiannya turun dari
motorsikal pakwenya…sambil menanggalkan topi keledar diikuti oleh
pakwenya,..itu….mereka tidak terus berpisah tetapi berbual mesra di
hadapan rumah..tanpa menyedari…perlakuan mereka itu dilihat oleh kami
berdua….
Mereka berpegangan tangan..sambil
ketawa….bergurau….dan tiba-tiba..pakwe si gadis itu mencium
bibirnya…!!!Subhanallah….saya tak boleh bayangkan keadaan ayahnya ketika
itu yang bangun dan hendak bergerak menuju ke arah anaknya…tetapi saya
tahan….kata saya kepada ayahnya..:”Jangan bang…sekarang dah pagi…jangan
mengamuk tengah ni nanti..abang yang dapat malu…biarkan budak lelaki itu
balik dulu”.
Hampir setengah jam kami melihat babak
mesra bercumbu dan berpeluk itu…barulah budak lelaki itu pulang…si gadis
itu pun masuk ke rumahnya…..
Setelah beberapa minit barulah ayahnya menolak motorsikalnya…dan
menghidupkan enjin lalu berhenti di depan pintu pagar rumah
anaknya..seolah-olah dia baru sampai…lalu dia memanggil nama
anaknya….Anak gadis ini membuka pintu sambil merungut terkejut dengan
kehadiran ayahnya pada lewat pagi sebegitu…sambil katanya..:”hah ayah
apasal datang pagi-pagi macam ni…..tak boleh tunggu besok..?
Si ayah terus meluru lalu menampar…muka
anak gadisnya…menjerit-jerit…marah..”Oooo…..buat apa datang pagi buta
ye….kamu tahu tak… aku sampai sejak dari petang tadi..menunggu
kamu…bawakkan tilam untuk kamu…..jenuh aku tunggu kamu….ni ha…pakcik ni
yang tumpangkan aku..rehat..sembahyang …makan…..aku datang dari jauh
letih…sebab risaukan kamu…sayangkan kamu..tapi kamu…keluar sampai jauh
malam….dengan pakwe kamu ye…dah la tu kamu bercium beromen depan
aku..anak tak tahu diuntung….aku malu tau tak…maluuuuu….anak kurang
ajar..anak derhaka….anak tak mengenang budi…..aku jaga kamu….aku tatang
kamu macam minyak yang penuh….macam ini balasan kamu…macam ni balasan
kamu..pada aku..haaaa!!! anak ****……..berdebub…gedebab….kali ini saya
lihat dia terajang anaknya ustaz…..saya masuk ke dalam rumah dan
memegang si ayah dan memintanya mengucap….beristighfar….bersabar……….
Anak gadisnya…menangis
meraung…merayu…memohon keampunan…..hu hu hu ayahhhh…ampunkan
alongggg….huwaaaaa…ayah alongggg salah …along berdosa dengan
ayah…..hunhuuuuuu…….!!Kau memang anak celaka…..memalukan keluarga…orang
tua..kalau mak kamu tahu ni pasti mak kamu akan sedih sangat….tadi..mak
kamu nak ikut..rindu nak tengok kamu…aku tak bagi tau tak…. sebab nak
bawak tilam ni….kamu tau tak tilam ni berat….tilam kekabu…aku bawak dari
kampung jauh….terhoyong hayang aku..bawak motor…tadi pun nyaris tak
kena langgar dengan lori..tau tak…??
Kata si ayah sambil menangis…….suasana
pilu…..saya juga menitiskan air mata….sedih melihat ayah yang separuh
abad,,,menangis kecewa dengan perbuatan anak gadisnya.“Sudah..kau
kemaskan barang….pagi ni jugak balik ikut aku….balikkkkk…ikut
aku…cepatttt,………kata ayahnya….
Sejak itu ustaz saya tak nampak lagi
anaknya itu balik ke rumah sewa disebelah rumah saya itu…Tilam yang
dibawa oleh ayah si gadis itu masih ada di rumah saya ditinggalkan oleh
ayahnya…kerana tidak mampu dibawa balik lantaran si ayah membawa anaknya
balik pada malam itu juga.
Pada malam itu juga si anak gadis itu balik ke kampungnya,….dengan
membonceng motor…tetapi bukan di belakang pakwenya…tetapi dibelakang
bapaknya……kesiannn ustaz…kesiannnn……
No comments:
Post a Comment