Jika anda suka mana-mana gambar ataupun ayat dalam page ni. Silalah copy, tag ataupun share. Tidak perlu minta izin kerana ilmu ini semua datangnya dari Allah.

Monday, April 25, 2011

Kebahagiaan Sebenar


Bersama Pengarah Program SPM'11 Port Dickson

Kebahagiaan hakiki itu rahmat. Namun kebahagiaan yang kita miliki ini tidak semestinya rahmat. Mungkin ia sekadar kebahagiaan yang diciptakan oleh fikiran.

Lalu dapatkanlah kebahagiaan yang sebenar…yang hakiki. Semoga kebahagiaan yang kita miliki ini adalah kebahagiaan atas rahmat Allah SWT.

Mereka yang mendapat kebahagiaan itu tidak semestinya memiliki kebaikan. Kerana ada yang bahagia sedangkan diri sedang melakukan maksiat. Malah berbangga dengan maksiat yang dilakukan.

Mereka yang mendapat kebahagiaan itu tidak semestinya memiliki keuntungan. Kerana ada yang bahagia sedangkan diri sedang mendedahkan diri dengan berpakaian membuka aurat baik lelaki atau pun wanita.

Mereka yang mendapat kebahagiaan itu tidak semestinya memiliki ketenangan. Kerana ada yang bahagia sedangkan diri berada di dalam keegoan atas kejayaan yang dimilikinya.

Saudara,
Yang kita takuti adalah kebahagiaan mengikut fikiran kita dan sebenarnya ia bukanlah kebahagiaan yang sebenar iaitu kebahagiaan atas rahmat Allah SWT.

Saudara lihat mereka yang melakukan maksiat sentiasa bahagia. Walaupun pasti di dalam jiwa mereka sebenarnya masih tercari-cari sebuah kebahagiaan yang hakiki namun mereka senang dengan kemaksiatan mereka.

Mereka yang mendedah aurat juga bahagia dan bangga diri kalau dapat menunjukkan aurat mereka. Mereka bangga meletakkan gambar mereka di Facebook atau di mana-mana ruang di internet ini. Mereka rasa seronok, gembira dan senang hati apabila dipuji….”wah seksinya”.

Mereka yang ego dengan kejayaan juga berasa bahagia. Malahan berasa diri sangat hebat di atas kejayaan itu. Berasa kerana usaha sendirilah yang menyebabkan mereka berjaya.

Saudara,
Semua ini sebenarnya bukanlah kebahagiaan tetapi sebenarnya satu BALA daripada Allah SWT. Fujur itu bukan sahaja nyata keburukannya namun keburukannya terselindung di dalam sesuatu yang dirasakan baik oleh manusia itu sendiri.

Diri diberi rasa baik oleh Allah SWT dengan rasa kebahagiaan, senang hati, gembira etc ketika melakukan fujur. Inilah dugaan yang paling menakutkan kerana kita tidak merasakan keburukan itu satu keburukan lagi tetapi keburukan sudah dirasakan sesuatu kebaikan.

Allah memberikan rasa bahagia dan mereka semakin senang dengan rasa ini. Rasa bahagia dan senang ini sebenarnya membuatkan mereka SEMAKIN JAUH dengan Allah SWT. Inilah fujur yang Allah SWT berikan dan fujur ini ramai yang gagal untuk pulang kepada Allah SWT.

Saudara,
Untuk diri kita pula, janganlah menghina rakan-rakan yang sentiasa bahagia dengan maksiat dan keburukan. Mereka itu sedang diuji Allah SWT. Allah SWT juga sedang menguji kita di mana Allah SWT melihat sejauh mana kita mampu untuk membawa rakan-rakan yang bermasalah itu datang kepadaNya.

Marilah, mulai saat ini belajarlah cara praktikal bagaimana kita mampu membawa mereka kepada Allah SWT.Tidak hanya pandai berkata-kata dengan kata-kata bersabarlah, bergantunglah, berserahlah, redhalah, pasrahlah, ikutlah, berusahalah, tabahlah etc.

Hari ini kita memerlukan lebih daripada nasihat sebegitu kerana sebenarnya ramai yang mengetahui ketika bermasalah, aku kena sabar. Ketika diri membuka aurat, ada suara kecil berkata-kata, aku berdosa. Ketika ego, ada satu personaliti yang lebih baik sentiasa mengatakan…kamu berjaya atas izin Allah.

Namun diri mereka tidak kuat untuk meninggalkan keburukan, maksiat dan mahu merendah diri kerana jiwa mereka lebih senang terus berada dalam keadaan fujur itu.

Lalu bagaimana praktikalnya? Semoga saudara menemui cara praktikal di Jiwa Positif Jiwa Bahagia yang akan diadakan pada 18 atau 19 Disember ini. Bukanlah untuk keuntungan. Bukan untuk popular. Bukan untuk menunjuk hebat.

Kerana sebenarnya mudah untuk saya terangkan secara verbal dan bersua muka berbanding dalam bentuk penulisan agar kita memahami tentang hidup bertuhan ini. Semuanya perkongsian yang praktikal berdasarkan pengalaman diri saya bersama isteri, anak-anak dan sahabat. Semoga ada manafaat.

Untuk info lanjut: http://www.fuadlatip.com/v1/2010/11/jiwa-positif-jiwa-bahagia/

No comments:

Post a Comment