Jika anda suka mana-mana gambar ataupun ayat dalam page ni. Silalah copy, tag ataupun share. Tidak perlu minta izin kerana ilmu ini semua datangnya dari Allah.

Sunday, February 6, 2011

kata-kata hikmah...

Buat akhirnya bersama-sama ini saya sertakan beberapa kata-kata hikmah yang saya tulis ketika berada di Mesir dan Jordan sebagai renungan bersama:

1. Kecintaan di dalam sesuatu perkara atau amalan wujud di dalam hati manusia bilamana nilai perkara atau amalan tersebut diketahui. ( Mesir: 09/01/1992 )

2. Nilai pengorbanan bergantung kepada kerisauan, keikhlasan, kesabaran dan keistiqohan di dalam sesuatu ketaatan. ( Mesir: 09/01/1992 )

3. Kecintaan terhadap ummah yang hakiki akan wujud bilamana kecintaan terhadap Allah S.W.T dan Rasulullah s.a.w telah terpasak dengan teguh dan kukuh. ( Mesir: 09/01/1991)

4. Tangisan yang kudus terhadap Ilahi akan mencernakan satu sifat ketakutan yang luar biasa terhadap Pencipta makhluk ( Allah S.W.T .) ( Mesir: 09/01/1992 )

5. Hati dapat ditawan dengan keykinan yang bersih terhadap keagungan Ilahi. Tanpanya hati ibarat perhentian tapak/medan persinggahan. Disinggahi oleh berbagai-bagai anasir yang akan mencemarkannya. ( Jordan: 08/02/1992 )

6. Kecintaan manusia lebih kental dan padu terhadap benda-benda yang nampak. Tetapi Islam sebaliknya, menampakkan kecintaan terhadap perkara-perkara ghaib daripada zahir. ( Jordan: 08/02/1992 )

7. Carilah pemimpin selain Allah S.W.T., kesesatan demi kesesatan akan toiimpa menimpa ( Jordan: 08/02/1992 )

8. Pengorbanan yang didahulukan oleh nafsu dan perasaan akan mendatangkan kebosanan kerana nafsu sifatnya tidak sukakan mujahadah. ( Mesir: 12/07/1992 )

9. Orang yang mempunyai sifat tawadhu’ akan melahirkan suatu kehidupan yang tidak dapat di ukur oleh pemikiran manusia yang dangkal. ( Mesir: 12/07/1992 )

10. Lidah manusia dikawal oleh hati, manakala hati manusia dikawal oleh perasaan dan perasaan pula bergantung kepada kerisauan. Ketahuilah bahawa musuh kerisauan terhadap kebaikanadalah nafsu yang jahat dan syaitan. ( Mesir: 12/07/1992 )

11. Orang yang bosan dalam kehidupan akan melakukan beranika sifat kehinaan yang tidak dirasai olehnya, bahawa itu adalah membuktikan kejahilan. ( Mesir: 12/07/1992 )

12. Akhir zaman manusia kurang cinta terhadap pengorbanan. ( Mesir: 12/07/1992 )

13. Akhir zaman manusia yang jahilpun hendak berfatwa. Terkadang fatwa tersebut di arahkan kepada seorang yang lebih alim daripadanya. ( Mesir: 12/07/1992 )

14. Fitnah, kepalsuan, penipuan lebih lunak didengar oleh cuping-cuping telinga yang tandus daripada alunan suara al-Qur’an dan al-Hadis. ( Mesir: 12/07/1992 )

15. Akhir zaman, manusia terlalu mudah terkesan dengan suasana. Terkadang seseorang itu merasakan dirinya terlalu kerdil di dalam suasana yang tidak bertepatan dengan peribadinya. Oleh itu wujudlah suasana agama di mana sahaja kamu berada, kerana dibelakang suasana tersebut ada suatu kekuatan yang tiada tolok bandingnya. Orang yang menghadiri suasana tersebut akan merasa dirinya kerdil dibandingkan kekuasaan Allah S.W.T. ( Mesir: 12/07/1992 )

Oleh : Dr Mohd Ismail Bin Mustari
Timb. Pengarah Pusat islam UTM, Skudai

No comments:

Post a Comment