Jika anda suka mana-mana gambar ataupun ayat dalam page ni. Silalah copy, tag ataupun share. Tidak perlu minta izin kerana ilmu ini semua datangnya dari Allah.

Thursday, June 28, 2012

jom kahwin awal

Perkahwinan merupakan salah satu tuntutan Islam yang wajib sekiranya seseorang individu tersebut mempunyai kelayakan dan cukup syarat untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri. Dalam masyarakat kita pada hari ini, tidak ramai yang memilih untuk melaksanakan perkahwinan dalam usia yang muda. Muda disini adalah dalam lingkungan 20-24 tahun.
Usia sebegitu seringkali dianggap sebagai belum cukup dewasa atau matang bagi memenuhi tuntutan dalam perkahwinan. Namun ianya bukanlah satu masalah yang tidak boleh diselesaikan. Terdapat beberapa tips bagi mereka yang ingin mendirikan mahligai perkahwinan seawal usia 20-24 tahun.
Berikut adalah tips-tips yang boleh anda cuba ikuti :-
1- Anda harus menonjolkan akhlak dan peribadi yang baik kepada ibubapa, adik-beradik, saudara mara serta orang sekeliling. Sahsiah diri yang terpuji mampu meyakinkan ibubapa untuk ‘melepaskan’ anda ke dunia lain yang lebih mencabar iaitu perkahwinan.
2- Tunjukkan kematangan anda dalam setiap pekerjaan yang anda lakukan. Baik dari segi membuat keputusan mahupun dalam berfikir dan bertindak. Kematangan dalam kepimpinan juga penting bagi lelaki yang ingin mendirikan rumahtangga seawal usia yang muda.
3- Jaga ibadah dan amalan sebagai seorang Muslim yang baik. Lakukan amalan wajib dengan sempurna dan tingkatkan amalan-amalan sunat yang lain sebagai persediaan rohani sebelum bergelar pasangan suami isteri.
4- Beritahu keluarga dan orang-orang terdekat anda bahawa perkahwinan yang bakal anda dirikan bukanlah berlandaskan nafsu semata-mata. Akan tetapi perkahwinan yang anda ingin dirikan adalah sebagai memenuhi salah satu tuntutan ibadah dan tanggungjawab seorang Muslim.
5- Anda juga perlu menunjukkan sedikit sumber pendapatan yang anda miliki sekarang bagi meyakinkan ibubapa anda untuk anda berumahtangga. Sumber tersebut adalah seperti gaji bulanan, side income serta simpanan anda terdahulu. Bagi yang masih belajar, usahakan untuk mencari side income sendiri dengan melakukan kerja-kerja luar (part-time) ataupun berniaga sendiri secara kecil-kecilan. Ini penting sebagai keyakinan kepada ibubapa bahawa anda mampu untuk menganggung pasangan seawal usia muda.
6- Buat pasangan yang masih belajar, letakkan usaha dan ilmu di tahap yang tertinggi. Pastikan perancangan anda untuk mendirikan perkahwinan tidak mengganggu pelajaran dan fokus anda sebagai pelajar. Fahamkan pasangan dan ibubapa tentang komitmen utama anda. InsyaAllah mereka akan menyokong dengan baik.
7- Jalankan tugas dan tanggungjawab anda dengan lebih baik dari kebiasaan bagi ‘membeli’ kepercayaan dan keyakinan ibubapa dan pasangan yang anda mampu menjalankan tanggungjawab sekiranya berkahwin kelak.
8- Anda perlu bijak dalam melakukan perbincangan bersama keluarga bagi menyatakan hasrat anda berkahwin seawal usia yang muda. Cari mood yang baik dan pastikan kesemua tips-tips di atas sudah dipenuhi. Bawa berbincang dan tunjukkan kesungguhan anda dalam perkara ini. Ambil hati ibubapa anda supaya mereka dapat mendengar dengan baik dan tidak membantah. Minta juga nasihat dan pendapat dari mereka.
9- Sekiranya cadangan dan permintaan anda ditolak, jangan berputus asa. Teruskan usaha dan tunjukkan kesungguhan yang mendalam terhadap perkara ini. InsyaAllah lama-kelamaan keyakinan dan kepercayaan ibubapa anda akan datang dan mereka sendiri akan menanyakan semula permintaan anda untuk berkahwin. Terus berdoa usaha dan tawakal.InsyaAllah.

Tuesday, June 26, 2012

kisah si pencuri


Gambar Hiasan


Hari ni terasa nk bkongsi pasal "orang yg suka mencuri" ? ... baru-baru ni dua org kwn aku telah kehilangan barang yg berharga sbb ada org yg curi... pelik la kenapa org2 ni suka mencuri @ mgambil hak org tanpa izin...tak boleh ke usaha sendiri secara halal utk mdptkan benda2 tu...ni tak fikir nk senang je ambik hak org...kamu tunggu la messege dariNya...pasti Dia akan balas jgk apa yg kamu buat tu....kat bawah ni aku share pasal pencuri...sila la bca eh,..

PENCURI

Pencuri ialah mengambil harta orang lain dengan cara bersembunyi dan diambil daripada tempat pertaruhan (tempat yang layak untuk menyimpan harta itu). Mencuri itu adalah salah satu daripada dosa-dosa besar dan mewajibkan potong tangan ke atas si pencuri itu.
Sebagaimana dengan firman Allah yang bermaksud:

”Pencuri lelaki dan pencuri perempuan hendaklah kamu potong tangannya sebagai balasan pekerjaan, dari siksaan daripada Allah, Allah maha perkasa lagi maha bijaksana”
(Surah Al- Maidah ayat 38)
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
”Tidak dipotong tangan seseorang pencuri itu kecuali seperempat dinar atau lebih daripada nilai wang mas”
(Riwayat Bukhari Muslim)

CIRI –CIRI PERBUATAN MENCURI

1. Memindahkan secara bersembunyi harta alih dari jangkaan atau milikan tuannya.
2. Pemindahan harta itu tanpa persetujuan tuannya.
3. Pemindahan harta itu dengan niat untuk menghilangkan harta tadi dari jangkaan atau milik tuannya.


HUKUMAN HUDUD YANG WAJIB DIKENAKAN KEATAS PENCURI

1) Mengikut peruntukkan hukum syarak yang dikuatkuasakan dalam Qanun jenayah syar’iyyah, orang yang boleh didakwa dibawah kesalahan kes sariqah (mencuri) dan wajib dikenakan hukuman hudud ialah:-

i) Orang yang berakal
ii) Orang yang baligh
iii) Dengan kemahuan sendiri


2) Pencuri yang gila atau kanak-kanak atau orang yang kurang akalnya (tidak siuman) tidak wajib dikenakan hukuman hudud, sekalipun mereka itu mengambil harta atau barangan orang itu secara bersembunyi dengan tujuan untuk memiliki harta atau barangan itu. Sebagaiman Hadirh Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:-

”Allah tidak akan menyiksa tiga golongan manusia iaitu orang yang tidur hingga ia bangun dari tidurnya, kanak-kanak hingga ia baligh dan orang gila hingga ia berakal (siuman)”
(Riwayat Ahmad, Ashabi, Sunan dan Hakam)

3) Orang yang dipaksa mencuri dengan cara kekerasan, misalnya orang yang diancam dan diugut akan dibunuh jika tidak mahu mencuri. Sebagaimana hujjah Hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

”Sesungguhnya Allah menghapuskan dosa umatku yang tersalah, terlupa dan dosa mereka yang dipaksa melakukan sesuatu kesalahan”.
(Riwayat Ibnu Majah dan Baihaq’i dan Lain daripada keduanya)

4) Orang yang terpaksa mencuri disebabkan tersangat lapar (kebuluran) atau terlalu dahaga yang boleh membawa kepada maut tidak boleh juga dikenakan hukuman hudud, kerana mereka yang dalam keadaan tersebut adalah termasuk dalam darurat yang diharuskan oleh syarak melakukan perkara yang dilarang. Kes ini adalah merujuk kepada Kaedah Fiqhiyyah yang bermaksud :

” Darurat (dalam keadaan yang memaksa) diharuskan melakukan perkara yang dilarang”.
(Al- Ashbah dan An – Nazha’ir)

Dalam perkara (3) dan (4) mereka itu terlepas dari hukuman hudud, tetapi hakim boleh mengenakan hukuman takzir keatas pencuri itu mengikut kea’rifan dan kebijaksanaannya.

PENCURI YANG TIDAK BOLEH DIKENAKAN HUKUMAN KESALAHAN SARIQAH

Pencuri yang tidak boleh dikenakan hukuman kesalahan sariqah ialah :-

1) Pencurian yang dilakukan secara khianat, iaitu orang yang mengambil harta atau barangan yang diamanahkan kepadanya. Mereka yang melakukan kesalahan tersebut tidak boleh didakwa dibawah kes sariqah (mencuri) dan tidak boleh dikenakan hukuman hudud, tetapi mereka itu hendaklah didakwa di bawah kes kesalahan pecah amanah yang wajib dikenakan hukuman takzir.

2) Orang yang mengambil harta atau barangan orang lain dengan cara paksaan dan kekerasan.

3) Orang yang menyambar barangan orang lain sambil lalu, iaitu semasa berjalan atau atas kenderaan,termasuk juga penyelok saku.

4) Pencurian berlaku dimedan peperangan.

5) Mengambil buah yang tergantung di atas dahannya kerana tersangat lapar dan dahaga.


Gambar Hiasan 2
SABIT KESALAHAN MENCURI 

1. Kesalahan mencuri boleh disabitkan dengan adanya salah satu dari bukti-bukti berikut:-
i) Ikrar (pengakuan)
ii) Keterangan dua orang saksi lelaki yang adil
iii) Sumpah yang mardud iaitu sumpah pencuri itu dikembalikan kepada orang yang mendakwa, jika orang yang didakwa tadi tidak mengaku, dimana mengikut keterangan orang yang mendakwa bahawa orang yang didakwa itu memang sebenarnya adalah mencuri.


2. Pencuri yang mengaku melakukan kesalahan mencuri memadai membuat pengakuan hanya sekali pengakuan sahaja dan pengakuan itu dibuat dimajlis dalam Mahkamah dihadapan hakim.

3. Untuk mempastikan kebenaran keterangan saksi-saksi bagi mensabitkan kesalahan seseorang itu mencuri, hakim hendaklah menyoal siasat saksi-saksi itu mengenai harta atau barangan yang dicuri, cara kecurian, tempat kecurian, masa kecurian dan lain-lainnya.

4. Hakim hendaklah juga menanyakan kepada saksi-saksi itu hubungan antara orang yang kena curi dangan orang yang mencuri.

PENCURI YANG DIKECUALIKAN DARII HUKUMAN HUDUD.

1) Jumlah nilai harta atau barangan yang dicuri itu kurang daripada satu perempat dinar atau tiga darham.

2) Untuk mensabitkan kesalahan mencuri itu tidak dapat dibuktikan mengikut yang dikehendaki.

3) Pencuri itu bukan orang yang mukallaf.

4) Tuan punya harta atau barang yang dicuri itu tidak menyimpan dan menjaga harta atau barangannya ditempat yang selamat daripada kena curi.

5) Pencuri itu belum lagi mendapat milik yang sepenuhnya keatas harta yang dicuri itu.

6) Harta atau barang yang dicuri itu bukan dari barangan yang berharga dan bernilai.

7) Harta atau barangan yang dicuri itu tidak memberi apa-apa faedah dan tidak bernilai mengikut hukum syarak seperti alat hiburan atau minuman yang memabukkan.

8) Pencurian yang dilakukan oleh orang yang memberi hutang ke atas harta atau barangan orang yang berhutang.

9) Pencurian yang berlaku itu dalam kedaan yang mendesak seperti didalam peperangan, dimasa sangat lapar dan dahaga.

10) Pencurian yang dilakukan oleh anak keatas harta atau barangan kepunyaan ibu bapanya hingga ke atas (datuk dan seterusnya).

11) Pencurian yang dilakukan oleh suami keatas harta atau barangan kepunyaan isterinya dan sebaliknya.

12) Pencuri itu mencuri harta atau barangan kepunyaan Baitul Mal.


HUKUMAN KERANA KESALAHAN MENCURI

Sesiapa yang melakukan kesalahan mencuri wajib dikenakan hukuman hudud sebagaimana yang dikehendaki oleh hukum syarak.
1) Mencuri kali pertama hendaklah dipotong tangan kanannya.
2) Mencuri kali yang kedua hendaklah dipotong kaki kirinya dan,
3) Mencuri kali ketiga dan berikutnya hendaklah dikenakan hukuman takzir dan dan dipenjarakan sehingga ia terbunuh.

Monday, June 25, 2012

7 golongan yang mendapat nauangan di akhirat

Sebagai seorang manusia, hari akhirat adalah merupakan hari pengadilan. Pada hari pertama pengadilan di padang mahsyar, seluruh manusia berhimpun semenjak manusia pertama iaitu Nabi Adam sehinggalah manusia terakhir. Keadaan manusia pada hari itu sesuai dengan amalannya semasa di dunia dahulu. Rasulullah SAW menggambarkan ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat pertolongan dan naungan pada hari itu, menerusi sabda beliau yang maksudnya:


Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!”, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah. – (HR. Abu Daud dan Ibnu Majah)
Terdapat tujuh golongan yang bakal mendapat naungan di hari akhirat kelak iaitu sesuai dengan hadith di atas, iaitu:
  • Pemerintah yang adil. Ini kerana tanggungjawab dipikul pemerintah dalam melaksanakan keadilan adalah perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya. Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat.
  • Pemuda yang hidupnya sentiasa mengerjakan ibadat kepada Tuhannya. Ini kerana sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika alam remaja kerana pada usia muda seseorang berbagai ujian dan godaan terpaksa ditempuhi. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan itu.





  • Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid. Sesungguhnya terdapat hadis menyebutkan bahawa dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah SWT dan dikategorikan sebagai satu sedekah.
  • Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah. Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas agama, adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus ke arah dosa dan maksiat. Seharusnya ikatan kasih sayang yang dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas kerana Allah agar perhubungan itu mendapat pahala, restu dan keberkatan daripada-Nya.
  • Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk berzina lalu dia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!” Ini menunjukkan keimanan dan ketakwaan yang sebenar berjaya menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina.
  • Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya. Ia menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah. Sesungguhnya tidak ramai orang dapat menyembunyikan kebaikan dilakukannya melainkan akan terdapat perasaan riak dan ingin menunjuk supaya mendapat pujian atau sanjungan dari orang ramai.
  •  Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah. Inilah sifat muslim mukmin sejati yang mempunyai perasaan cintakan Allah dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati kejadian dan keagungan ciptaan Allah serta sifat-Nya yang Maha Agung. Oleh yang demikian hati, fikiran dan jiwanya terhindar daripada perkara yang melalaikan.

Ketika Aku....

Kenangan program sains dan matematik di kuala lumpur 2011

KETIKA aku ingin hidup KAYA,
 Aku lupa bahwa HIDUP adalah KEKAYAAN.

KETIKA aku takut MEMBERI,
Aku lupa bahwa semua yang aku miliki adalah PEMBERIAN.

KETIKA aku ingin jadi yang TERKUAT,
Aku lupa bahwa dalam KELEMAHAN, Allah memberi aku KEKUATAN.

KETIKA aku takut RUGI,
Aku lupa bahwa HIDUPKU adalah sebuah KEBERUNTUNGAN.

 HIDUP ini sangatlah INDAH
jika MENSYUKURI apa yang sudah ada.

Adakalanya yang TERINDAH bukanlah yang TERBAIK,
Yang SEMPURNA tidak menjanjikan KEBAHAGIAAN.

 Tetapi ketika kita mampu dan mau MENERIMA semua KEKURANGAN

&KELEBIHAN... Itulah KEBAHAGIAAN.



Sunday, June 17, 2012

MATEMATIK KBSM: HARAPAN DAN REALITI

semua bakal-bakal cikgu math...InsyaAllah..

Matematik KBSM dirancang berdasarkan prinsip-prinsip kesepaduan unsur-unsur (JERI-jasmani, emosi, rohani dan intelek) yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan diharapkan agar dapat memberikan pelajar suatu pengalaman yang mengandungi empat kesepaduan iaitu:

(1) antara kemahiran, nilai dan bahasa;
(2) antara tajuk-tajuk matematik yang dipelajari;
(3) antara matematik dengan mata pelajaran lain dan;
(4) antara matematik yang dipelajari dengan pengalaman di luar bilik darjah.

Oleh itu, tumpuan khas perlu diberikan kepada lima aspek berikut, iaitu:

(1) keseimbangan antara kefahaman terhadap konsep dan penguasaan kemahiran;
(2) penggunaan matematik dalam situasi sebenar;
(3) kemahiran penyelesaian masalah;
(4) penerapan unsur-unsur sejarah matematik dan;
(5) pemupukan nilai-nilai kemanusiaan, kemasyarakatan dan kerohanian. 

Matematik KBSM membekalkan pendidikan matematik yang umum, menyeronokkan dan mencabar bagi semua pelajar yang memberi tumpuan kepada keseimbangan antara kefahaman konsep dengan penguasaan kemahiran, penggunaan matematik dalam situasi sebenar, kemahiran menyelesaikan masalah serta berfikir secara logik, kritis dan bersistem. Pembelajaran akademik dibahagikan kepada tiga peringkat yang berkaitan antara satu sama lain iaitu:

(1) pengalaman aktif (berasaskan dua prinsip iaitu prinsip penjelmaan pelbagai dan prinsip kebolehubahan kandungan);
(2) pembentukan struktur secara retroaktif dan;
(3) pembentukan asimilasi yang menyeluruh.

Justeru, pendidik-pendidik disarankan merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran melibatkan pelajar secara aktif. Walau bagaimanapun sebahagian daripada pendidik masa kini telah mengalami hakisan ‘professional qualities’. 

Amalan guru dalam melaksanakan kurikulum Matematik KBSM masih berpusatkan guru secara keseluruhannya. Aktiviti melibatkan murid sangat terhad. Penekanan guru lebih kepada hasil pembelajaran, bukan kepada proses pembelajaran. Murid-murid lebih dibebankan dengan cara ringkas; murid-murid disuap dengan petua-petua, menghafal rumus, dan hukum-hukum ciptaan guru sendiri tanpa mengetahui konsep sebenar. Alat bantu mengajar juga diabaikan. Hal ini menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran tidak bermakna (pengajaran dan pembelajaran yang tidak menekankan proses pembinaan skim yang bermakna, penyelesaian masalah serta penghayatan matematik dalam kehidupan seharian) dan menyebabkan murid-murid merasa bosan, jemu dan bencikan matematik terutamanya bagi yang lemah. Murid-murid tahu mengira tetapi jahil dalam matematik dan tidak dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. 

Guru matematik perlu arif dalam strategi pengajaran dan pembelajaran dengan memaparkan kematangan, pemikiran terbuka, kreatif, inovatif, konstruktif, rasional dan bijaksana supaya dapat membantu pelajar membina konsep dan menguasai kemahiran. Guru matematik juga perlu memainkan peranan sebagai Murabbi (pendidik), Mu’allim (pengajar) Muaddib (pembentuk adab), Muhallil (pakar rujuk) dan Qiadi (pemimpin). Para guru harus menguasai setiap tajuk dari segi konsep dan isi kandungan sebelum mengajar supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara efektif dan berpusatkan murid. Kajian-kajian tentang amalan pengajaran guru-guru perlu dipertingkatkan untuk mengesan dan seterusnya menyelesai masalah dan kekurangannya dengan segera.

 p/s: #Penulis asal: Tengku Zawawi Tengku Zainal

HALA TUJU DAN ISU DALAM PENYELIDIKAN MATEMATIK

Program Scimex 2 Ledang 2012
Pendidikan matematik mula berkembang pada akhir abad ke 19 dan dapat membekalkan maklumat yang sangat berguna dan penting untuk pendidikan matematik. Beberapa persoalan dianalisis bertujuan mengenalpasti, menghurai dan membincangkan berkaitan identiti, isu dan hala tuju dalam penyelidikan matematik. Tujuan penyelidikan pendidikan matematik bergantung kepada prinsip kepercayaan individu terhadap makna penyelidikan. Dua dekad lepas, Begle dan Gibb (1980) telah mengemukakan pendapat bahawa tujuan utama penyelidikan dalam pendidikan matematik dijalan kerana simply stated, there is a need to understand better how, where and why people learn or do not learn mathematics(hlm.8).

Terdapat dua disiplin yang banyak mempengaruhi penyelidikan dalam pendidikan matematik. Pertama, disiplin matematik – penyelidikan menjurus ke arah mengkaji isi kandungan matematik yang diajar dan dipelajari serta kajian ke atas pemikiran matematik serta intuisi terhadap matematik. Kedua, disiplin psikologi – menekankan penyelidikan terhadap bagaimana isi kandungan diajar dan dipelajari serta menguji kesepadanan dan kesesuaiannya dengan tahap tahap perkembangan pelajar.

 Aspek epistemologi dititikberatkan. Institusi pengajian tinggi kini menekankan pengambilan staf yang berkualiti untuk tugas penyeliaan bilangan penyelidik novis yang meningkat ekoran polisi kerajaan untuk meningkatkan bilangan guru sains dan matematik yang berketrampilan dan berijazah. Perkembangan teknologi maklumat telah mempermudahkan proses menjalankan tinjauan literatur, menganalisis data, penulisan dan menyebarkan dapatan kajian penyelidikan pendidikan matematik Isu penyelidikan pendidikan matematik lebih tertumpu kepada peringkat sekolah menengah berbanding peringkat pra-sekolah, sekolah rendah dan institusi tinggi. Penyelidikan diklasifikasikan kepada 15 tajuk. Konstruktivisme telah mendominasi arena penyelidikan. Isu dan fokus utama penyelidikan tahun 90’an ialah untuk mengenalpasti kefahaman, skim dan konsepsi pelajar terhadap istilah matematik dan penyelesaian masalah. Teori-teori baru bidang psikologi mempengaruhi penyelidikan dalam pendidikan matematik.

 Penyelidikan tahun 70’an terfokus kepada penyelidikan berkaitan kurikulum, pendekatan pengajaran bagi mencapai objektif pengajaran dan strategi pengajaran terhadap pencapaian pelajar matematik. Kerangka teori behaviorisme kerap digunakan. Penyelidikan tahun 80’an tertumpu kepada proses dan hasil pembelajaran pelajar dan berhubung analisis kesilapan. Pendekatan kualitatif kerap digunakan. Persoalan kajian lebih kepada faktor dan mekanisma berkaitan salah konsep, pembentukan konsep dan tingkah laku penyelesaian masalah.

Tema penyelidikan 90’an sama dengan tahun 80’an dan berkembang luas dari segi ontologi, epistemologi, pemerolehan pengetahuan dan pembinaan skim. Kerangka teori konstruktivisme, kognitif, pemerosesan maklumat menjadi landasan penyelidikan. Pengaruh dalam aspek sosial, bahasa dan budaya turut berkembang. Kaedah penyelidikan dibahagikan kepada dua; kaedah kuantitatif dan kaedah kualitatif (contoh: teknik temuduga klinikal) bergantung kepada tujuan penyelidikan. Tahun 90’an memperlihatkan dominasi pendekatan kualitatif dalam penyelidikan pendidikan matematik. Penyelidikan pendidikan matematik di Malaysia kini adalah memberangsangkan tetapi bersifat sporadik dan kurang penyelarasan.

Kesimpulannya, isu tentang penyelidikan pendidikan matematik seperti jurang antara penyelidik dengan pengamal, ketidakseimbangan fokus penyelidikan, pemilihan metodologi yang sempit, pengantarabangsaan penyelidikan dan penyelidikan berasaskan teknologi perlu diberi perhatian. Persoalan yang timbul adalah setakat mana dapatan kajian digunakan oleh pendidik matematik dalam kerja harian mereka. Penyelidikan dalam pendidikan matematik kini dapati lebih bertumpu kepada apa yang pelajar lakukan dalam pendidikan matematik daripada apa yang dilakukan oleh guru dalam mengajar matematik. Peranan guru perlu diberi perhatian. Penerimaan secara keseluruhan dan tanpa kritik pendekatan kualitatif amat ketara dalam penyelidikan pendidikan matematik.

Dominasi pendekatan kualitatif menyebabkan pendekatan kuantitatif terpinggir. Penyelidikan pendidikan matematik bergantung kepada keadaan dan tempat. Dapatan kajian sesuatu lokasi mungkin tidak boleh digeneralisasikan ditempat yang lain. Pengaruh sosial dan budaya sesuatu tempat menjadi acuan penyelidikan yang akan dijalankan. Niss (1994) mendapati bahawa kehadiran teknologi jika tidak dimanfaat dengan sesuai dan relevan tidak mempermudahkan pengajaran matematik tetapi penggunaan teknologi secara intelektual meningkatkan ‘permintaan’ ke atas kedua-dua pelajar dan guru.

 p/s: http://dukeamienerev.blogspot.com

Wednesday, June 13, 2012

Kasih Seorang Ibu

Assalamualaikum selamat petang semua...post ni merupakan satu cerita yang agak sedih..ya.. kasih ibu amat besar.. lebih besar daripada segalanya, lebih berharga daripada nilai gaji yang kita perolehi..tetapi mengapa kita perlu jadi sedemikian rupa...bacalah dengan teliti cerita ini...

hargailah mereka selagi kita masih punyai... Pada suatu hari, seorang pemuda yang bernama Faizal terlibat dalam kemalangan. Dia dilanggar oleh sebuah teksi di sebatang jalan raya. Akibat daripada kemalangan itu dia cedera parah. Kepalanya luka, tangannya patah dan perutnya terburai.

Setelah dibawa ke hospital, doktor mendapati keadaannya terlalu teruk dan menjangkakan dia tidak ada harapan lagi untuk hidup. Ibunya, Jamilah segera dihubungi dan diberitahu tentang kemalangan yang menimpa anaknya. Hampir pengsan Jamilah mendengar berita tentang anaknya itu. Dia segera bergegas ke hospital tempat anaknya dimasukkan.Berlinang air mata ibu melihat keadaan anaknya.

Walaupun telah diberitahu bahawa anaknya sudah tiada harapan lagi untuk diselamatkan, Jamilah tetap tidak henti-henti berdoa dan bermohon kepada Allah agar anaknya itu selamat. Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, keadaan Faizal tidak banyak berubah. Saban hari Jamilah akan datang menjenguk anaknya itu tanpa jemu. Saban malam pula Jamilah bangun untuk menunaikan solat malam bertahajjud kepada Allah memohon keselamatan anaknya. Dalam keheningan malam, sambil berlinangan air mata, Jamilah merintih meminta agar anaknya disembuhkan oleh Allah. Ini adalah antara doa Jamilah untuk anaknya itu ;

”Ya Allah ya Tuhanku, kasihanilah aku dan kasihanilah anak aku. Susah payah aku membesarkannya, dengan susu aku yang Engkau kurniakan kepadaku, aku suapkan ke dalam mulutnya. Ya Allah, aku pasrah dengan apa jua keputusan-Mu! Aku redho dengan qada’ dan qadar Mu yaa Allah.” ”Yaa Allah, dengan air mataku ini, aku bermohon kepadaMu, Engkau sembuhkanlah anakku dan janganlah Engkau cabut nyawanya.

 Aku sangat sayang kepadanya. Aku sangat rindu kepadanya. Susah rasanya bagiku untuk hidup tanpa anakku ini. Terngiang-ngiang suaranya kedengaran di telingaku memanggil-manggil aku ibunya.” “Ya Allah, tidak ada Tuhan melainkan hanya Engkau saja. Tunjukkanlah kuasa Mu ya Allah. Aku reda kalau anggota badanku dapat didermakan kepadanya agar dengannya dia dapat hidup sempurna kembali.”

“Ya Allah, aku redho nyawaku Engkau ambil sebagai ganti asalkan Engkau hidupkan anak kesayanganku. Engkaulah yang Maha segala hal, berkat kebesaran Mu ya Allah, terimalah doaku ini….aamiin”.

Keyakinan Jamilah terhadap kuasa Ilahi sangat kuat walaupun tubuh badan anaknya hancur cedera dan dikatakan sudah tiada ada harapan lagi untuk hidup. Namun, Allah benar-benar mahu menunjukkan kebesaran dan kekuasaanNya. Setelah 5 bulan terlantar, akhirnya Faizal menampakkan tanda-tanda kesembuhan dan akhirnya dia sembuh sepenuhnya. Berkat doa seorang ibu yang ikhlas. Faizal dapat meneruskan hidupnya hingga berumahtangga dan beranak-pinak.

Ibunya, Jamilah semakin hari semakin tua dan uzur. Suatu hari, Jamilah yang berusia hampir 75 tahun jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Pada mulanya, Faizal masih melawat dan menjaga ibunya di hospital. Tetapi semakin hari semakin jarang dia datang menjenguk ibunya hinggalah pada suatu hari pihak hospital menghubunginya untuk memberitahu keadaan ibunya yang semakin teruk. Faizal segera bergegas ke hospital. Di situ, Faizal dapati keadaan ibunya semakin lemah. Nafas ibunya turun naik.

Doktor memberitahu bahawa ibunya sudah tidak ada masa yang lama untuk hidup. Ibunya akan menghembuskan nafasnya yang terakhir pada bila-bila masa saja. Melihat keadaan ibunya yang sedemikian dan kononnya beranggapan ibunya sedang terseksa, lantas Faizal terus menadah tangan dan berdoa seperti ini;

 “ Yaa Allah, seandainya mati lebih baik untuk ibu, maka Engkau matikanlah ibuku! Aku tidak sanggup melihat penderitaannya. Yaa Allah, aku akan redho dengan pemergiannya…Aamin.”

 Begitulah bezanya doa ibu terhadap anak dan doa anak terhadap orang tuanya. Apabila anak sakit, walau seteruk mana sekalipun, walau badan hancur sekalipun, walau anak tinggal nyawa-nyawa ikan sekalipun, namun ibu bapa akan tetap mendoakan semoga anaknya diselamatkan dan dipanjangkan umur.

 Tetapi anak-anak yang dikatakan ‘baik’ pada hari ini akan mendoakan agar ibu atau bapanya yang sakit agar segera diambil oleh ALLAH, padahal ibu bapa itu baru saja sakit. Mereka meminta pada Allah agar segera mematikan ibu atau bapanya kerana kononnya sudah tidak tahan melihat ‘penderitaan’ ibu bapanya.

 #semoga dapat ambil ikhtibar....

Tuesday, June 5, 2012

Mengapa Dia Bukan Jodohmu

Kamu kerap mengeluh kerana sering gagal dalam percintaan. Bukan sekali dua, tetapi hampir semua hubungan menemui jalan buntu. Setiap kali memiliki cinta baru, harapan tinggi menggunung mahu kekal bersama si dia. Sayangnya kecundang lagi hinggakan kamu hampir putus asa. Cemburu juga melihat teman-teman sebaya memiliki cinta sejati. Hubungan mereka pula bertahan lama, sedangkan kamu hanya mengecapnya beberapa ketika.

Naik segan pun ada kerana setiap kali itu kamu perlu memperkenalkan kekasih baru. Lalu jiwa jadi semakin kacau kerana memikirkan nasib diri. Bilakah keadaan ini akan berakhir? Tetapi jika dilihat dari sudut positif, pasti kamu panjang pendek mengucap syukur kerana dijauhkan berjodoh dengan mereka. Kamu hanya perlu mengkaji lebih dalam apakah musibah melanda jika diteruskan hubungan dengan setiap seorang. Apatah lagi jika sudah terikat sebagai suami isteri. Dari perlakuan, fiil dan rutin mereka juga sudah jelas menggambarkan sifat sebenar masing-masing. Hari ini kamu berasa sukar setiap kali mengenangkan nasib diri.

Pernahkah kamu membayangkan keadaan lima atau enam tahun ke depan? Percayalah, kamu sepatutnya bersyukur kerana tidak dijodohkan dengan pasangan seperti itu. Beberapa situasi berikut mungkin mampu mengubah persepsi kamu. Pasti tiada lagi awan duka membendung perasaanmu selepas ini. Percayalah setiap kejadian pastinya direncanakan Tuhan demi kebaikanmu. Kekasih 1 Dia kekasih pertama kamu cinta. Mungkin kerana terlalu menunjukkan sayang, lalu kamu sering dibulinya. Kehadiran kamu tidak penting mana. Dia endah tak endah sahaja terhadapmu. Rekod peribadinya tidaklah baik pun. Dia suka berpeleseran, mata keranjang, perokok, kaki botol dan sebagainya. Kerana lembut hati, kamu telan segala. Kamu anggap dia bakal berubah selepas berumah tangga.

Beberapa kali juga kalian putus dan sambung kembali. Telah dicuba melupakan tetapi setiap kali itu dia kembali merayu dan kamu pasti jadi cair. Akhirnya kamu ditinggalkan menangis tak berlagu. Tetapi percayalah, kamu sebenarnya tak rugi apa-apa. Bekas kekasih kamu itu dikhabarkan setia dengan pasangannya. Tetapi kamu pernah terserempak dia masih berfoya-foya di kelab. Kerenahnya sama sahaja seperti dahulu. Percayalah dia takkan pernah berubah. Lelaki atau wanita seperti ini akan datang pun tak mungkin menukar tingkah lakunya. Selepas berkahwin pun pasti ditinggalkan pasangan di rumah dengan anak. Sedangkan dia keluar berfoya-foya dengan teman-teman.

Tidak rugi kamu tidak memiliki pasangan seperti itu bukan? Kekasih 2 Orang kata hubungan bermula sebagai kawan lebih kekal lama. Kamu pun mula menjalinkan hubungan intim dengan sahabat lama. Kala itu kamu anggap takdir Ilahi. Mungkin inilah sebenarnya jodoh daripada Tuhan. Begitupun hatimu jadi sebal. Si dia ada kalanya sangat mengambil berat, ada harinya pula kamu seolah-olah tidak wujud di depan matanya. Beberapa bulan berselang, hubungan jadi semakin parah kerana mengetahui dia juga berpeleseran dengan orang lain. Bukan seorang tetapi beberapa orang. Rupa-rupanya kamu juga sekadar salah seorang daripada mereka yang dipermainkan. Sebetulnya, dia sudah punya calon dan bakal berkahwin.

Kamu sekadar mainannya saat-saat akhir bergelar bujangga. Mungkin juga memang sikapnya begitu. Kamu terlepas pandang walaupun sudah mengenalinya sebagai sahabat. Karakter lelaki atau wanita begini selalunya menyumbang kearah kecurangan walaupun selepas berkahwin. Kalau lelaki, mereka bakal menduakan isteri dan berkahwin lain. Bagi wanita, mereka mengikut jalan belakang, main cinta sembunyi-sembunyi. Bersyukurlah kamu tidak kekal lama dengan pasangan seperti ini. Kekasih 3 Awal-awal sudah mata duitan. Mula meminta wang untuk perbelanjaan tambahan diri sendiri. Hati sudah berdetik tidak senang tetapi kerana kasih diikutkan saja permintaannya. Lagipun takkan nak berkira dengan kekasih sendiri. Fikirmu, dia kan bakal calon. Pasti susah senang perlu dilalui bersama-sama. Akhirnya dia berterus-terang bakal memilih pasangan lebih berharta. Malah, dia menyuruh pasangannya itu menghubungi kamu.

Oh, mereka riak saat ini tetapi percayalah, kamu tak rugi apa-apa. Dia bangga punya kekasih baru lebih berada, tetapi sejauh mana pasangannya itu mahu menampung kehidupannya? Kalau wanita bersikap pisau cukur, alamat tidak lamalah kebahagiaan dikecap. Lelaki berharta semestinya berdahi licin akan bertemu gadis lain. Bagi lelaki pula, hanya wanita bodoh sahaja hendak menanggung perbelanjaan lelaki itu. Suatu hari kelak, sang wanita pasti akan berasa tertindas oleh lelaki dayus tidak bertanggungjawab itu. Lelaki atau wanita kalau sudah biasa bergantung wang dengan orang, pasti takkan mampu mengubah dirinya. Sudahnya, mati kering kamu hendak mencari wang demi menampung berbelanjaan dia. Kamu pula sepatutnya bersyukur kerana terlepas dari cengkaman pasangan begitu. Berbahagialah! Kekasih 4 Isunya apabila si dia enggan bertemu keluarga kamu.

Padahal bukannya kamu hendak memaksa dia lekas-lekas berkahwin. Kamu sedia memaklumkan kepadanya, memang sebelum-sebelum ini setiap kenalan kamu pasti akan bertandang ke rumah. Alasan diberinya, jikalau melibatkan orang tua pasti kena cepat kahwin. Jadi, nampak sangat dia tidak serius denganmu. Mulalah dia mencari silap kamu, katanya setiap perbualan hanya mengenai dirimu sahaja. Oh, sekarang kamu pula dituduh mementingkan diri sendiri.

Usahlah berduka lara demi lelaki atau wanita seperti ini. Mereka seperti ini pada masa akan datang akan bersikap lepas tangan dengan keluargamu. Orang kata, ibu dan bapa kamu tak boleh tumpang senang dengan dia. Kalau ibu atau bapa kamu sakit deman, dia takkan peduli hendak pulang ke kampung. Padahal dia juga bakal tua suatu masa kelak. Anak-anak akan melihat contoh daripada diri kita. Apa juga diperlakukan kepada keluargamu, tidak mustahil bakal terjadi pada dirinya. Belum tentu menantu kamu seorang berbudi. Pendek kata, karma pasti akan terpalit kembali pada dirinya.

Benar, kamu perlu memilih kekasih hati dengan memandang ke depan. Hubungan berlangsung hari ini bukan sekadar untuk waktu terdekat sahaja. Perhatikan sifat si dia dan cuba tanyakan dalam diri, apakah pilihan kamu pada masa hadapan akan bersifat adil dengan diri kamu. Kata hati pasti benar jikalau sudah ada titik rasa tidak senang dengan fiilnya.

Monday, June 4, 2012

Lelaki Akan Bertambah Kacak Kalau.....

Lumrah manusia inginkan pasangan yang indah dan sejuk mata memandang .
Tapi tahukah anda yang lelaki akan menjadi bertambah kacak dan segak apabila ……

1) Lelaki solat 5 waktu sehari semalam .
2) Lelaki menghulurkan sedekah kepada orang yang memerlukan.
 3) Lelaki memakai pakaian yang sopan, kemas dan menutup aurat .
4) Lelaki menghormati ibu bapa dan sanak saudara .
5) Lelaki mampu menepis godaan zina dan maksiat .
6) Lelaki menjalankan tanggungjawab kepada adik beradik dan keluarga .
7) Lelaki memberi ruang duduk untuk wanita atau golongan uzur di tempat-tempat awam.
8) Lelaki berjaya mengawal perasaan marah dengan ucapan zikrullah.
9) Lelaki bertutur dengan sopan dan penuh hemah dengan orang lain.
10) Lelaki melaungkan azan dan menjadi imam ketika menunaikan solat .
11) Lelaki menyediakan nafkah zahir dan batin kepada isteri (bagi yang telah berumahtangga).
12) Lelaki berjaya mengawal perasaan cemburu buta terhadap isterinya.
13) Lelaki melayan isteri seperti seorang bidadari .
14) Lelaki mampu bangun dari tidurnya pada malam hari untuk melakukan ibadah sunat.
 15) Lelaki mudah dibawa berbincang dan bertolak ansur .
 16) Lelaki mampu berdikari dan bersungguh untuk sesuatu yang di inginkan.

 Tidak susah untuk menjadi lelaki kacak ni kan ? well , outer beauty is temporary while the inner beauty will last forever . Kacak bukan hanya terletak pada rupa sahaja , sebaliknya terletak pada peribadi , akhlak dan tingkah laku . Dalam erti kata lain Lelaki yang soleh adalah Lelaki yang kacak .

SUDUT AGAMA, Lelaki soleh dijelaskan dalam Al-Qur’an adalah sebagai berikut:

 “Dan diantara ahli kitab ada sekelompok orang yang berlaku lurus. Mereka membaca ayat-ayat Allah di malam hari, sedang mereka bersujud (maksudnya, mengerjakan solat malam sambil membaca kitabullah). Mereka beriman kepada Allah dan hari akhir, mereka mengajak pada kebaikan dan mencegah dari perbuatan mungkar, dan mereka bersegera mengerjakan kebaikan-kebaikan. Mereka itulah orang-orang yang soleh”. (Ali Imran 133-134).

Friday, May 18, 2012

Marah ada hikmahnya kepintaran emosi

Kita sering diperingatkan supaya jangan mengikut perasaan marah. Nasihat ini sememangnya masuk akal kerana marah yang melampaui batas (disebut sebagai "baran") pasti memakan diri. Malah, bagi orang dewasa, emosi marah yang tidak bertempat terbukti menjadi punca keretakan rumah tangga dan ketegangan di tempat kerja. Kerana marah jugalah, ibu bapa mungkin tidak bertegur sapa dengan si anak atau si adik sanggup memutuskan pertalian keluarga dengan abang atau kakak kandung. Demikianlah bahayanya marah yang keterlaluan.

Pernahkah anda bertanya: Jika marah itu buruk dan semata-mata memudaratkan, mengapa Allah cipta emosi marah di dalam setiap insan? Mengapa mesti kita dibebankan dengan sesuatu yang menjadi punca perselisihan faham sesama rakan taulan dan keluarga? BENARKAH EMOSI MARAH BURUK SEMATA-MATA? Sebenarnya, ada hikmah emosi marah ini dicipta oleh Allah Maha Kaya.

Bayangkan, suatu hari anda berjalan kaki di jalanraya sambil membawa sebuah komputer yang baru anda beli. Tiba-tiba entah dari mana, kedengaran bunyi enjin motosikal datang dengan deras. Belum sempat anda menoleh, komputer anda yang baru saja dibeli diragut dari genggaman anda dengan begnya sekali! Nah, apakah perasaan anda saat itu? Marah bukan? Anda marah kerana hak anda dirampas. Emosi marah inilah yang akan mendorong anda untuk bertindak. Mungkin anda akan menjerit minta tolong, mungkin jika anda tahu tae-kwon-do, anda akan spontan membuka langkah ketika itu untuk mendapatkan harta anda kembali.

Seterusnya, anda akan ke balai polis untuk membuat aduan. Semuanya ini kerana anda marah. Bayangkan jika anda seorang insan yang tidak tahu marah langsung dan sentiasa ceria dalam apa juga keadaan. Tentunya anda akan membiarkan sahaja apa yang berlaku ke atas diri anda sebentar tadi. Malah, ketiadaan rasa marah juga bermakna, anda tidak akan berbuat apa-apa jika ahli keluarga, jiran, atau sahabat anda dicabuli haknya. Hatta jika orang pijak kepala pun, anda akan tersengih juga! YANG PERLU DIELAK IALAH MARAH MEMBABI BUTA Oleh itu, jelas marah adalah emosi yang ada buruk dan baiknya. Masalah timbul bila kita tidak tahu mengawal marah.

Akibatnya, marah beraja di hati dan kita bertindak mengikut marah yang meluap-luap dan akhirnya membakar diri. Jadi, bagaimana mendidik anak untuk mengawal marah? Setiap usaha perlukan tujuan atau objektif yang jelas supaya kita tahu hala tuju kita. Seperti semua usaha kita yang lain, bak kata pujangga "Mulakan sesuatu usaha dengan hala tuju yang jelas" ("Begin with the end in mind"). Objektif kita bila mengajar anak mengendalikan emosi marah ialah:

- Mengawal marah bila perlu - Meluahkan emosi marah secara positif LANGKAH PERTAMA MENGAWAL MARAH Langkah pertama dan paling penting untuk mengajar anak mengawal marah ialah menyuruhnya mengambil wudhuk pada masa itu juga. Katakan dua orang anak anda bertelingkah di hadapan anda dan mula bertindak kasar, leraikan serta-merta dan katakan dengan tegas (tanpa membentak): "Ummi / Ayah nak Man dan Mat ambil wudhuk sekarang. Ummi / Ayah akan tunggu di sini. Kemudian datang jumpa Ummi / Ayah dan kita boleh bincang. " Jika mereka enggan, ulangi beberapa kali sehingga dibuatnya. Kemudian tunggu mereka datang.

Ini berlandaskan sunnah Rasulullah S.A.W. sendiri yang menggesa kita untuk mengambil wudhuk demi meredakan kemarahan yang melanda diri menerusi sabdanya, "Sesungguhnya marah itu dari syaitan dan syaitan terbuat dari api. Dan api itu hanya bisa dipadamkan oleh air. Oleh karena itu, jika seorang di antara kamu marah maka berwudhuklah. " (Riwayat Abu Daud).

 LUAHKAN MARAH SECARA POSITIF Seterusnya, bila kemarahan anak anda sudah agak reda, ajar dia untuk mengendalikan emosi marah secara positif. Caranya mudah, iaitu: Fokus kepada mesej yang perlu disampaikan; iaitu bukannya tidak boleh marah langsung, tetapi mengawal marah dan seterusnya bertindak secara rasional. Katakan kepada anak anda "Man, perasaan marah ini Allah jadikan ada hikmahnya. Memang patut kita rasa marah bila ada sesuatu yang tidak kena. Asalkan marah itu kena pada tempatnya. Tapi tidak wajar kita meluahkan rasa marah dengan menyakiti orang lain seperti memukul, atau menjerit dengan mengeluarkan kata-kata yang tidak baik.

 Ada cara yang lebih baik untuk meluahkan rasa marah kita." Pilih kata-kata yang baik begini bila menerangkan situasi kepada anak anda. Jika perlu, pisahkan anak-anak yang bertelagah dan bincang secara individu (berasingan) terlebih dahulu sebelum berbincang bersama-sama. Ini membantu meredakan keadaan, lebih-lebih lagi jika anak-anak terbabit rapat umurnya, di mana tahap kematangan lebih kurang sama. Ajar anak untuk meluahkan emosi marah dengan kata-kata positif, supaya tidak mengeruhkan lagi keadaan.

Umpamanya, bila dilontarkan dengan kata-kata yang kasar atau kurang sopan oleh kanak-kanak lain, ajar dia untuk berkata "Saya marah sebab awak cakap yang tidak baik kepada saya." Atau "Saya marah kerana awak ambil pensil saya." Atau "Saya marah kerana awak tidak pulangkan buku kesayangan saya." Ajar dia untuk menyatakan ayat ini dengan suara tegas ( secara asertif) tanpa menjerit. Ajar dia untuk meninggalkan tempat di mana ketegangan berlaku sebelum keadaan semakin kusut, jika perlu.

Bagaimanapun, jika sering berlaku pergaduhan di antara dua orang anak anda, anda perlu menyelidik lebih lanjut punca ketegangan ini. Tidak mempedulikannya hanya akan memburukkan keadaan untuk jangka panjang. Anak-anak meniru apa yang kita buat, bukan apa yang kita katakan. Pastikan anda sendiri tidak bertindak secara kurang rasional apabila marah sedang memuncak. INGATLAH WAHAI IBU BAPA Kasih sayang tidak memadai Doa tidak mencukupi Ilmu keibu-bapaan tidak datang dengan sendiri Timbalah ia bersungguh-sungguh seikhlas hati Agar anak menjadi insan yang hebat dan pandai berdikari.

Monday, April 23, 2012

10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah

1- Surah Al-Fatihah ...dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur. 6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.

7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.

10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was

Tuesday, April 10, 2012

5 Syarat Manusia Dibenarkan Membuat Maksiat

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat.”

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”

Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.”

Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?”

“Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?”

“Yang kedua,” kata Ibrahim, “Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!”

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.

Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?”

“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu.

Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!”

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”

“Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan,“Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.”

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”

“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”

“Baiklah, apa syarat yang kelima?”

Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.”

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah.” Katanya sambil teresak-esak.

Wednesday, February 8, 2012

Royalti minyak

Masa Hasan Ali jadi PJ Pas Selangor dan EXCO dalam kerajaan Selangor, aku selalu kutuk dia. Aku kata dia menjadi liabiliti bagi PR Selangor. Tapi masa tu kebanyakan penyokong Pakatan kutuk aku balik. “Mana bukti?”..itulah yang selalu depa cakap.

Sejak Hasan Ali dipecat dari Pas..aku tak payah nak kutuk Hasan Ali dah. Setiap hari…ada saja blogger yang kutuk Hasan Ali. Tapi jangan la kutuk retorik saja…sediakan la bukti. Kalau nak bukti…aku ada simpan sikit-sikit. Tapi aku rasa bukti-bukti itu dah tak berguna lagi. Kalau nak tau…check balik Yayasan Dar Al Qard Al Hasan.

Masa Hasan Ali jadi EXCO, Khalid ibrahim memperuntukkan RM50 juta untuk membantu rakyat miskin di Selangor melalui Yayasan Qard al Hasan. Konsepnya macam Amanah Ikhtiar la. Bila dapat 50juta, Hasan Ali buat syarat…”hanya untuk rakyat luarbandar.” Bila hanya untuk rakyat luarbandar..kebanyakan orang PKR dan DAP tak boleh mohon sebab kebanyakan penyokong PKR dan DAP duduk dikawasan bandar. Orang PKR dan DAP marah la sebab hanya kawasan yang ditandingi Pas saja yang termasuk dalam kategori luarbandar.

Khalid keluar lagi RM20 juta dan diberikan kepada Rodziah Ismail untuk orang-orang miskin bandar. Roziah minta bantuan untuk merealisasikan projek ini yang dinamakan MIMBAR. Aku pun sama terlibat.

Semua kos untuk memulakan projek ini kami tanggung sendiri. habih la dekat RM50,000. Member sampai jual kereta nak tanggung projek ini. Tapi bila nak dilancarkan, projek tersebut kena hijack. bila semua dah siap..orang Rodziah ambil alih. Dan dalam dua pertemuan terakhir dengan Roziah..Setiausahanya bagi tau aku..”you’re a liability to Pakatan Rakyat!!” Sebabnya..aku tak mau cerita sekarang. Lain kali la…bila sampai masanya.

Aku jawab balik..” If we can put you up..we can also bring you down.” Kalau Rodziah bertanding sekali algi di batu Tiga, aku turun ke Batu Tiga dan pecah lubang. Bukan pasai aku anti-PKR..tapi sebab aku tak mau Rodziah menjadi liabiliti kepada Pakatan.

Cerita Hasan Ali dengan Roziah Ismail ni kemudian la..apa yang aku nak cerita ialah tentang apa yang ditulis oleh Raja Petra dalam Malaysia Today. Kalau hangpa dah baca dalam Malaysia Today..tak payah la baca seterusnya. Aku tulis pasai aku tau ramai orang Melayu tak baca Malaysia Today.

Aku cedok berita dari Malaysia Today supaya orang Pakatan berhati-hati bila buat sesuatu. Takut nanti kena balik. Zaman sekarang bukan cerita dari sebelah pihak saja..maklumat datang dari pelbagai sumber.

Dalam episod pertama, Raja Petra tulis tentang royalti minyak.

Sekarang ni…senang saja kita nak kutuk BN pasal tak bagi royalti minyak kat negeri-negeri. Tapi bila dibuka balik sejarah lama..rupa-rupanya..bukan Anwar saja yang patut dipersalahkan, Pas juga patut dipersalahkan.

Pakatan dan BN sekarang sama-sama bercakap tentang berapa royalti yang patut diberikan kepada negeri-negeri. Serupa saja. Sepatutnya, Pakatan dan BN bercakap tentang berapa royalti yang patut diambil dari negeri-negeri.

Minyak dan gas adalah milik negeri. Ini disebut dalam Perjanjian Malaysia dan sebelumnya Perjanjian Persekutuan. Dalam perjanjian tersebut, semua hasil bumi adalah milik negeri.

Walaupun beberapa perkara lain seperti pertahanan, keselamatan dan dasar luar adalah hak Persekutuan tetapi ugama dan hasil bumi sepatutunya menjadi milik negeri-negeri.

Air, balak, tanah, pasir, bahan galian semuanya milik negeri termasuk minyak dan gas. Ini yang dikatakan sumber alam. Oleh itu, ianya 100% milik negeri..bukan 5%, 20% ataupun 50%.

Sekarang ini, Umno mengelirukan kita. Mereka bercakap seolah-olah semua sumber alam kecuali minyak dan gas adalah milik negeri manakala minyak dan gas milik kerajaan persekutuan. Ini tak betul. Ini bercanggah dengan Perjanjian Malaysia. Tapi mengapa Pakatan pun cakap macam BN dan bercakap tentang berapa peratus yang hendak diberikan kepada negeri-negeri?

Minyak dikhabarkan dijumpai di Terengganu lama sebelum 1972, semasa Dato Nik Hassan bin Wan Abdul Rahman menjadi Menteri Besar Terengganu dan Tun Razak menjadi Perdana Menteri. Aku kata khabar angin sebab penemuan minyak tidak pernah diumumkan secara rasmi tetapi hanya dibisikkan dikalangan yang berkuasa.

Pasai apa nak sorok? Sebab kerajaan mahu mengetatkan beberapa skru yang longgar sebelum mengumumkan penemuan minyak tersebut. Mereka mahu memastikan minyak ini dipindahkan ke kerajaan Persekutuan. Kalau tidak, 100% daripada hasil minyak ini akan dapat ke negeri Terengganu.

Dalam masa yang sama, mereka menjual minyak kepada pembeli luar.Minyak dipindahkan dari pelantar minyak ke kapal ditengah-tengah laut dan diekspot. Hanya beberapa orang yang tahu…termasuk beberapa pegawai Petronas.

Lim Kit Siang mengetahui rahsia ini dan heboh la negara bila diberitahu minyak dicuri dari Terengganu. Ada pemberi maklumat didalam Petronas yang memberitahu beliau. Exxon berkomplot dengan Petronas untuk mencuri minyak Terengganu.

Tidak lama selepas itu, Menteri Besar berkonflik dengan Sultan dan dipaksa meletak jawatan. Dia juga diusir dari Terengganu dan tidak dibenarkan kembali ke Terengganu selagi Sultan masih hidup.

Saat yang paling genting dalam episod ini ialah apabila adik kepada Sultan menyerang pejabat Menteri Besar Terengganu dan mengacukan pistol kekepala Menteri Besar. Adik kepada Sultan Terengganu ini juga diusir ke Pahang dan hanya kembali ke Terengganu untuk menghadir pengkebumian Sultan Terengganu.

Sementara itu, Tun Razak merancang bagaimana untuk membawa PAS kedalam kerajaan Persekutuan. Pas perlu di neutralkan sekiranya kerajaan mahu merampas minyak Terengganu. Idea untuk menubuhkan Barisan Nasional diwujudkan dan semua parti termasuk PAS, PPP, Gerakan dijemput menyertai Barisan Nasional.

Pada tahun 1973, Barisan Nasional dilancarkan dan PAS menjadi sebahagian daripada kerajaan Persekutuan. Pada tahun 1974, Barisan Nasional yang baru ditubuhkan ini meluluskan Akta Pembangunan Petroleum dimana minyak dan gas dipindahkan daripada milik kerajaan negeri kepada kerajaan pusat..atau dengan lebih tepat lagi…Petronas.

Untuk mendiamkan negeri-negeri..mereka dibayar 5% royalti.

Kalau kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa terhadap minyak dan gas..mengapa perlu meluluskan Akta Pembangunan Petroleum di Parlimen? Ambil saja la. Tapi mereka tak boleh ambil sebab minyak dan gas adalah milik negeri. Oleh itu mereka perlu meluluskan Akta Parlimen untuk menghalalkan pengambil alihan haram harta negeri

Memang la terdapat tentangan dalam hal ini..terutamanya dari Sabah. Tetapi tentangan ini dimatikan apabila semua yang menentang ini mati dalam kemalangan kapalterbang yang penuh misteri dan tidak dapat dijelaskan sehingga sekarang. Dengar ucapan Ku Li dibawah tentang macam mana pemimpin Sabahterbunuh dalam kemalangan kapalterbang.

Pakatan rakyat sepatutnya berhenti bercakap tentang berapa banyak royalti minyak yang patut diberikan kepada negeri-negeri. Ini cakap-cakap BN.

Pakatan sepatutnya cakap tentang berapa peratus yang kerajaan pusat nak ambil. 95% atau 80%? Bukan berapa peratus nak bagi.

Kalau kita nak ikut semangat Perjanjian Persekutuan, Pusat tak boleh ambil apa-apa. 100% adalah milik negeri-negeri. Apa yang Pusat boleh buat ialah dengan mengenakan cukai macam cukai minyak sawit dsbnya. Tak kisah la kalau cukai itu 35% atau 50%. Tapi ianya mestilah berdasarkan cukai keuntungan dari jualan.

Kita selalu bercakap tentang Rule of Law..bukan Rule by Law. Akta Pembangunan Petroleum adalah contoh Rule By Law. Mereka meluluskan undang-undang untuk menghalalkan sesuatu yang haram. …memiliknegarakan harta negeri-negeri.

Kita kena betulkan perkara ini. Yang betul tetap betul..yang salah tetap salah. Kerajaan Pusat mencuri harta negeri sejak 40 tahun lalu dan memberikan 5% daripada pendapatan yang sepatutnya dimiliki 100% oleh kerajaan negeri. Itu realitinya.

Lim Kit Siang tahu perkara ini. Dia adalah orang yang mendedahkannya lama sebelum rakyat tahu bahawa minyak digali di Terengganu. Dan Tun Saleh Abas dari Pas juga tahu perkara ini. Dia merupakan “arkitek” yang membuat deraf Akta Pembangunan Petroleum.

Jangan lagi bercakap tentang berapa nak bagi kat negeri. Kita kena cakap..berapa kita nak ambil dari negeri-negeri.

Esok cerita pasir kat Selangor.

* p/s: http://www.malaysiatimes.my/2012/02/08/kisah-royalti-minyak/

Monday, December 26, 2011

menimba pengalaman berharga



1) Kaum yang sedang bercucuk tanam dan terus menuai hasil tanaman itu. Apabila dituai hasil/buah itu seolah-olah masih belum dituai dan ia berlaku berulang-kali. Melihatkan itu, Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail bahawa itulah kaum yang berjihad “fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan ada yang lagi banyak dari itu.

2) Tempat yang berbau harum. Jibrail memberitahu Rasulullah bahawa itulah kubur Masyitah ( tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suami dan anak-anaknya, yang dibunuh oleh Fir’aun sebab tidak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan.

3) Sekumpulan manusia yang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan kepala itu akan sembuh dan dipecahkan lagi berulang kali. Jibrail memberitahu Rasulullah, itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud kepada Allah ( melakukan solat)

4) Sekumpulan manusia yang menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain dan mereka dihalau bak binatang. Mereka memakan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Jibrail memberitahu, itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

5) Satu kaum yang memakan daging mentah yang busuk walhal daging masak ada di sisi mereka. Jibrail memberitahu, itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan masing-masing mempunyai isteri dan suami.

6) Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail, itulah orang yang makan riba.

7) Lelaki yang memikul seberkas kayu dan tidak berdaya untuk memikulnya tapi ditambah lagi dengan kayu yang lain. Jibrail memberitahu Rasulullah, itulah orang yang tak dapat menunaikan amanah tapi menerima amanah yang lain.

icon cool Pengalaman Berharga Sepanjang Perjalanan Israk Mikraj Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali dan setiap kali digunting lidah dan bibir akan kembali seperti biasa. Jibrail memberitahu, itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia tidak melakukannya.

9) Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail, itulah orang yang makan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela dan menghina) orang.

10) Seekor lembu jantan keluar dari lubang yang sempit dan tak dapat masuk semula ke dalam lubang itu. Kata Jibrail, itulah orang yang bercakap besar (takbur) dan kemudian menyesal tapi dah terlambat.

11) Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Tetapi Rasulullah tak memperdulikannya. Jibrail berkata, itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada Akhirat.

12) Seorang perempuan duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Tetapi Rasulullah tak menghiraukannya. Kata Jibrail, itulah orang yang mensiakan umurnya sampai tua.

13) Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail, itulah gambaran dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

aku juga mampu

Sedar tidak sedar dunia semakin tua, masa semakin pantas berlalu. Rambut yang dahulunya hitam sudah kelihatan sedikit keputihan. Kudrat yang dahulunya gagah sudah semakin lemah.

Wajah yang dahulunya jambu sudah menjadi layu. Ini semua bukti kepesatan masa yang tidak mampu sesiapa pun mengawalnya.

Dalam keadaan sebegini kita sebenarnya memerlukan satu dahan untuk berpaut. Berpaut dari terus dihanyutkan arus dunia yang entah membawa kita ke arah mana. Kita perlukan dahan sebegitu teguh dan kuat kerana bukan hanya kita sahaja yang mahu memautnya tetapi juga ayah, ibu, rakan, teman dan semua mereka yang tidak mahu terus tenggelam oleh tsunami masa gila.

Usah terus dipermainkan oleh dunia tetapi kitalah yang harus mempermainkanya. Kata ustaz di masjid kelmarin, hanya jika benar kita faham apa makna dunia, maka tiada langsung niat mengejar kemewahan yang menggila ini akan terlintas.

Tidak terfikir nanti mahu memiliki kereta mewah skyline atau lancer. Tidak terfikir mahu memilik i-phone dan tidak berminat mengejar chikaro cantik berdahi lincin dan berdagu runcing. Ini semua permainan dunia.

Siapa kata tidak mahu bercinta?

Siapa kata tidak cemburu dan jeles melihat kalian berpegang tangan dan berpesta. Itu belum masuk bercumbu cendana di bawah pohon mangga. Cemburu dan jeles. Aku juga punya nafsu, aku juga punya cinta. Adakah kamu percaya?

Aku ada henset yang cukup kreditnya untuk sms setiap masa. Aku punya cukup wang mahu keluar berdating dan menonton wayang juga. Walaupun henset aku murah dan bukan i-phone tetapi aku mampu untuk bergayut berjam-jam bersama yang tercinta. Ya, aku mampu melakukanya seperti apa yang kau lakukan bersama si dia!

Cuma aku tidak mampu untuk menghina agama. Agamaku cantik, bersih, lengkap dan indah. Tuhan aku dan Rasul aku tidak pernah sesekali mengizinkan perhubungan anatara bukan mahram sebelum akad terlaksana. Cuma itu sahaja beza upaya kita.

Ini sahaja yang aku tidak mampu melawannya tetapi kau yang terlalu berani membuat langkahan sedemikian rupa. Cuma, aku berjanji dan bersumpah andai sudah terlaksana akad yang penuh makna suatu hari nanti, wanita itu akan menjadi permaisuri paling berharga kerana cintaku tidak pernah ternoda.

Pada Allah S.W.T tempat aku berpaut dan berdoa, semoga terus melindungiku dari tsunami dunia yang menggila. Semoga aku, kau dan mereka terus berpaut pada dahan yang sama.

Thursday, November 10, 2011

Izinkan Cuma Engkau yang Bertakhta di Hati

Di pelataran dinginnya malam, ku terdampar sendiri.

Saat ini, tika ini, hati seakan terdera dengan amukan hawa nafsu dan perasaan yang mengetuk-ngetuk tangkai hati. Tidak semena-mena, titisan jernih jatuh, setitis demi setitis. Hati sebak.

Dibiarkan air jernih itu mengalir hangat. Berlawan dengan emosi, ternyata seringkali diriku menjadi kalah. Nurani membentak, jiwa ini tidak tenang. Kenapa? Kenapa begini? Kenapa sekarang jadi begini?

Dulu hati itu dapat merasai sebuah ketenangan. Namun kini ketenangan itu seakan-akan diragut. Diragut oleh siapa? Apakah ia hilang ditarik oleh Tuhan? Atau kerana dosa-dosa yang dilakukan? Soalan-soalan itu bertubi-tubi menyoal, namun hati sememangnya tidak mampu menjawab. Terdiam sepi. Adakah hati itu telah mati?

Memang tidak ku nafikan, dia sangat menyayangi diri ini. Tetapi berkali-kali ku ingatkan pada diri, kasih sayang itu tidak abadi!

'Berpada-padalah dalam menyayangi, jika tidak kelak dikau akan menangisi!'

Entah dari mana suara itu datang dan berbisik pesanan, kemudian hilang.

Namun kini, ku pula yang terkena panahan kasihnya itu. Semakin ku lari, semakin dia mendekati. Benarlah. Menjaga sekeping hati amat sukar sekali. Perlu sangat cermat dan berhati-hati. Ku mengeluh, melepaskan sebuah keluhan perasaan yang berat, yang semakin memberati rasa hati.

Jiwa ini tidak lagi suci, terasa ia tersangat kotor.

"Ya Ilahi, di manakah Engkau selama ini yang bertakhta di hati? Kenapa ia sekarang telah terganti dengan makhlukMu? Kenapa diri terlalu tega menggantikan tempat teragung itu dengan insan dan makhlukMu yang hina?"

Hati bermonolog lagi sendirian. Tidak! Ia punya peneman. Sang Tuhan yang sentiasa sentiasa ada mendengar setiap keluhan.

"Astaghfirullahalazim.... Ighfirli Robbi... Ighfirli...."

Bibir memantulkan kalimah suci itu perlahan-lahan. Bibir diketap erat. Menahan tangkai emosi yang kian membuak-buak rasa pilu dan syahdu bila menyebutkan nama terindah itu, jiwa menjadi mudah terusik.

Berbicara dengan Sang Agung, air jernih itu terus menitis kemudian semakin mencurah-curah. Teresak-esak.

"Ya Rabbi, pegang hati ini, dakaplah ia seerat-eratnya, jangan sesekali biarkan ia termiliki oleh makhlukMu, ku tidak sanggup menggantikan tempatMu dengan yang lain, tidak sanggup juga berkongsi rasa itu, ku cuma mahu kasih itu teragung untukMu, ku cuma mahu rindu itu terpatri untukMu, ku cuma mahu cinta itu hanya membunga untukMu Tuhan, jangan biarkan daku terkalahkan dengan emosi dan perasaan yang seringkali dipermainkan oleh syaitan.

Ya muqallibal qulub, tetapkanlah jiwa ini setulusnya di jalanMu, pancarkan cahaya bagiku di jalan yang gelap agar aku tidak teraba-raba kesepian sendirian di hujung jalan yang kelam, jangan biarkan ku terus begini tanpaMu disisi.

Tuhan, Izinkanlah! Cuma ingin Engkau yang bertakhta di hati ini "

Berkali-kali kalimah itu diungkapkan pilu dalam pelantaran sujudnya. Wajah diraup setelah tangan menadah. Hati terus berdoa dan berharap, semoga Dia menerima segala-galanya.

-Artikel iluvislam.com

Wednesday, November 9, 2011

Allah Ajarkan Rahsia Kebahagiaan Hidup

Assalamualaikum w.b.t. Apa khabar sahabat semua? Semoga sentiasa dirahmati dan dikasihi Allah. Sudahkah kita benar-benar menghadapkan diri dan kehidupan kita sepenuhnya kepada Allah? Berapa peratus? Seratus peratus? Lima puluh peratus? Atau baru sepuluh peratus?

Tahukah anda bagaimana mahu mengukur tahap anda menghadap kepada Allah? Mudah saja. Lihat sejauh mana anda menghadapkan diri kepada Allah sewaktu solat. Berapa peratuskan solat anda itu benar-benar sedar kepada Allah dan betul-betul menghadap kepada-Nya dan bukan menghadap kepada yang selain-Nya seperti kerja yang belum disiapkan, ikan di kuali atau kunci yang hilang.

Sebaik anda mengangkat takbiratul ihram, perhatikan kesedaran anda. Anda boleh berada dalam dua kesedaran, pertama kesedaran kepada Allah dan merasa dilihat Allah atau kesedaran nafs iaitu perkara-perkara berkaitan dunia dan hawa nafsu. Sekiranya kesedaran anda kepada Allah hanya sekitar sepuluh peratus sahaja dari keseluruhan solat itu, maka begitu jugalah sepuluh peratus sahaja anda menghadapkan diri dan kehidupan kepada Allah. Itulah cara mengukurnya kerana solat menggambarkan diri dan kehidupan anda.

Bayangkan di dalam sebuah kelas, sekiranya terdapat pelajar yang bercakap semasa guru bercakap, itu menunjukkan sikapnya yang sama di luar kelas iaitu tidak menghormati orang lain. Sikap kita di dalam solat sama dengan sikap kita di luar solat. Justeru, inilah rahsianya untuk kita mengubah sikap dan kehidupan kita kepada yang lebih baik. Iaitu dengan membaiki solat kita. Inilah latihan yang Allah sediakan.

Solat adalah suatu perbuatan yang dibuat berulang-ulang kali. Setiap perbuatan yang dibuat berulang kali akan menjadi perilaku atau sikap seseorang yang melakukan perbuatan itu. Justeru Allah mewajibkan hamba-Nya untuk solat dengan khusyuk iaitu dengan menghadapkan dirinya dengan penuh kepada Allah ketika solat. Inilah yang terungkap dalam Doa pembuka solat iaitu Doa Iftitah, "Sesungguhnya aku menghadapkan wajahku ke wajah Allah yang menciptakan langit dan bumi" dan kalimah seterusnya "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah".

Bayangkan sekiranya seseorang itu menghayati apa yang dibacanya dalam doa Iftitah ini iaitu dengan melakukan apa yang dibaca bukan sekadar membaca tanpa sedar, pastinya ia akan berubah menjadi perilaku. Bagaimana dia benar-benar menghadapkan wajahnya kepada Allah ketika dia membaca doa Iftitah pastinya dia terlatih untuk menghadapkan diri dan kehidupannya hanya untuk Allah. Inilah rahsia solat yang khusyuk. Apabila seseorang berjaya untuk solat dengan khusyuk maka dia juga berjaya menghadapkan diri dan kehidupannya kepada Allah di luar solat. Dia juga akan berjaya mencegah perbuatan keji dan mungkar kerana dia sentiasa sedar akan Allah setiap waktu dan ketika. Firman Allah; ".. Sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar"

Ramai umat Islam hari ini mempunyai masalah untuk solat dengan khusyuk. Apakah dan dimana puncanya masalah ini? Pertamanya kerana tidak adanya ilmu bagaimana kaedahnya untuk khusyuk di dalam solat. Dari kecil, kita diajar dengan lengkap rukun-rukun dan sunat-sunat solat, kita diajar apa yang membatalkan solat tapi jarang sekali yang mengajar bagaimana untuk khusyuk dengan solat. Justeru, ilmu untuk solat dengan khusyuk tersangatlah penting agar solat kita menjadi solat yang khusyuk dan menghadapkan diri kepada Allah. Barulah hidup kita akan betul menghadap kepada Allah dan tidak selain-Nya. Dengan itu benarlah kalimah syahadah yang kita ucapkan bahawa tidak ada Tuhan lain yang kita hadapkan wajah kita selain Allah; tidak menghadap kepada wang dan harta, tidak menghadap kepada pangkat dan kemasyhuran yang dengan itu kita telah mensyirikkan Allah.

Keduanya, setelah kita belajar solat dengan khusyuk, mengapa kita masih mempunyai masalah untuk khusyuk? Ini adalah kerana dalam diri kita ada nafs (hawa nafsu) yang sering mengajak kepada kejahatan. Diri kita masih mempunyai banyak keinginan yang berkaitan dengan dunia.

Justeru ketika kita mahu menghadapkan diri kepada Allah di dalam solat, keinginan-keinginan dunia dari hawa nafsu akan menarik kesedaran terhadap Allah dan membawa kita kesedaran dunia dan isinya. Justeru solat kita menjadi tidak khusyuk kerana jiwa tidak menghadap kepada Allah tetapi kepada selain-Nya. Bagaimana untuk menghadapi masalah ini?

Allah sudah menyiapkan senjata untuk kita menawan hawa nafsu kita agar dia menjadi lemah dan tidak mampu untuk menarik perhatian kita dari Allah. Senjata itu adalah Puasa.

Hawa Nafsu kita berasal dari dorongan jasad kita. Puasa melemahkan jasad dan secara otomatisnya melemahkan dorongan untuk membesarkan hawa nafsu. Justeru latihan 30 hari di bulan Ramadhan adalah senjata yang sangat hebat untuk menawan hawa nafsu itu. Bayangkan setiap hari kita melemahkan jasad dan dorongannya. InsyaAllah di akhir bulan Ramadhan, kita akan berjaya menawan hawa nafsu yang selalu mengajak kepada kejahatan itu dan akhirnya berjaya solat dengan khusyuk dan menghadapkan secara penuh kepada Allah. Justeru kembalilah kita kepada Allah dalam keadaan suci dan itulah sebab kita sering mendengar ungkapan "kembalilah ke fitrah yang suci" di bulan Ramadhan.

Allah memberikan kita senjata yang kedua untuk benar-benar menawan hawa nafsu kita. Senjata yang kedua adalah zakat. Di dalam bulan Ramadhan kita digalakkan berzakat atau bersedekah. Memberi yang digalakkan Allah adalah memberi sesuatu yang dicintai. Contohnya seorang yang mempunyai banyak kambing, haruslah memilih kambing yang terbaik untuk disedekahkan. Mengeluarkan atau memberi harta yang dicintai ini akan membebaskan kita dari ikatan kecintaan harta dan dunia yang sering menarik kesedaran kita dari kesedaran ke Allah kepada kesedaran dunia dan isinya. Justeru dengan senjata yang kedua ini, kita akan lebih mudah untuk solat dengan khusyuk.

Apa jadi selepas bulan Ramadhan? Senjata sudah tidak digunakan lagi?

Pastinya kita memerlukan senjata ini setiap waktu dan ketika kerana kita harus menghadapkan diri dan kehidupan kita kepada Allah setiap bulan dan bukan hanya di bulan Ramadhan. Allah menggalakkan hamba-Nya untuk berpuasa enam hari di bulan Syawal. Justeru sebaiknya cubalah berpuasa enam hari berturut-turut agar dapat manfaat seperti bulan Ramadhan di mana kita benar-benar memerangi hawa nafsu yang cuba membesar dengan 'open house' di bulan Syawal. Jangan lupa untuk menggunakan juga senjata yang kedua iaitu zakat atau sedekah ketika kita berpuasa enam itu.

Apa yang berlaku selepas puasa enam? Rasulullah mengajar kita untuk berpuasa sunat Isnin dan Khamis. Puasa itu senjata yang tidak harus ditinggalkan. Justeru untuk memastikan kita mampu untuk sentiasa solat dengan khusyuk di mana kesedaran kita ke Allah berjaya dipertahankan (kerana hawa nafsu yang menarik kesedaran itu sudah berjaya dilemahkan dan ditawan) maka kita harus sentiasa menggunakan senjata Puasa ini secara berterusan.

Jangan lupa juga untuk keluarkan zakat atau bersedekah apabila melakukan Puasa Sunat Isnin dan Khamis. InsyaAllah kita dapat menghidupkan suasana Ramadhan setiap minggu; Isnin, Khamis berpuasa, Jumaat kita raya (ada khutbah Jumaat) dan jangan lupa bila ke Masjid untuk solat berjamaah, hulurkan wang yang kita cintai untuk jalan Allah atau kepada sesiapa yang memerlukan. Justeru orang Islam itu bersedekah setiap minggu.

Inilah rahsia hebat yang sering kita terlepas pandang. Solat, Puasa dan Zakat hanya jadi rutin beragama yang dilaksanakan tanpa memahaminya. Justeru di bulan Ramadhan yang sewajarnya bulan menawan hawa nafsu jadi bulan yang paling kuat membesarkan hawa nafsu, hawa nafsu makan semasa berbuka, hawa nafsu menukar perabot rumah, memberi emas, membeli langsir dan sebagainya. Jadilah Puasa kita itu hanya sekadar lapar dan dahaga yang disebutkan oleh Rasululah.

Dengan Ilmu solat dengan khusyuk dan dua senjata hebat, Puasa dan Zakat, insyaAllah kita akan mampu Solat dengan benar-benar menghadapkan wajah kita kepada Allah sepenuhnya. Justeru, begitulah juga kita di luar solat, insyaAllah benar-benar mampu menghadapkan diri dan kehidupan kita kepada Allah dan menjadikan hidup dan mati kita hanya untuk Allah. Inilah erti Kalimah Syahadah yang kita sebutkan. Barulah kita dikatakan telah menyempurnakan Syahadah kita.

Rumusannya, Solat adalah cermin diri dan kehidupan kita. Bagaimana kita solat, itulah diri dan kehidupan kita. Itulah sebab kenapa Solat adalah soalan yang pertama ditanya oleh Allah bila kita kembali menghadap-Nya satu hari nanti. Baik solat kita, baiklah kehidupan kita dan masuklah kita ke Syurga yang disediakan untuk orang-orang yang menjaga solatnya.

Belajarlah Solat dengan Khusyuk, rajinlah berpuasa dan lepaskanlah ikatan kecintaan kepada dunia dengan sering bersedekah dan berinfaq di jalan-Nya. Semoga kita dipanggil pulang oleh Allah sebagai jiwa yang tenang dan berjaya memasuki Wilayah Nafsul Mutmainnah yang didiami oleh ruh para kekasih Allah. Amin Ya Allah.

Firmah Allah yang bermaksud: "Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan puas lagi diredhaiNya, Masuklah ke dalam jamaah hamba-hambaKu dan masuklah ke dalam syurgaKu" (Al-Balad: 27-30)

-Artikel Iluvislam.com

hati yang cedera

Bila jiwa kacau risau tentang masa depan,
Bila hati sesak dengan karenah manusia yang tidak memahami,
Bila jiwa sukar berlapang dada,
Bila hati disempitkan dengan sangkaan buruk terhadap saudara lain,
Bila hati sentiasa ingin marah,
Bila hati mula berjinak dengan nafsu yang Allah tidak redha.

Bila akal lupa tujuan asal hidup,
Bila diri terasa enak berlingkar dengan maksiat,
Bila hati puas melakukan perkara yang tidak berbuah amal,
Bila jasad duduk enak tanpa berbuat ma'aruf.

Bila air mata terlalu sukar untuk dititiskan untuk-Nya,
Bila hati mula mengeras,
Bila fikiran melayang untuk perkara sia-sia,
Bila hati mula berputus asa terhadap rahmat dan nikmat-Nya.

Bila diri mula meminta yang berlebihan,
Bila hati mula meminta untuk yang bukan haq,
Bila diri rasa sudah cukup,
Bila lidah terlalu keras untuk mengalunkan zikir.

Bila cemburu terhadap nikmat dan rezeki insan lain,
Bila diri berpura baik di hadapan manusia,
Bila hati merasa perbuatan dosa sebagai tidak apa,
Bila diri sentiasa mahu dipuji.

Bila hati tidak yakin dengan janji-Nya,
Bila diri menyesal dengan setiap taqdir-Nya,
Bila hati sentiasa mencari aib dan salah orang lain,
Bila diri sentiasa ingin memuaskan selain dari Allah.

Bila hati merasa bebas dari jagaan Allah,
Bila merasa diri milik mutlaq diri sendiri,
Bila hati merasa aman melanggar amanah,
Bila merasakan tiada yang lebih penting melainkan diri sendiri.

Bila diri terlalu banyak beralasan,
Bila setiap perbuatan tidak terniat untuk Allah,
Bila diri mula berasa berat untuk sembah dan sujud kepada-Nya,
Bila telinga lebih enak dilagukan dengan selain ayat-ayat suci-Nya.

Bila mulut lebih senang berbicara tentang dunia dari manisnya syurga,
Bila redha manusia lebih dicari daripada redha Allah,
Bila merasa cinta manusia lebih asyik daripada cinta Allah,
Bila hati tidak rindu untuk bertemu-Nya,
Bila hati mula disempitkan dengan dunia,
Bila diri sombong tidak mahu meminta kepada-Nya,
Bila setiap akal, jiwa dan jasad terikat dengan dunia.

Hati itu bukan hati aku lagi..

Heal my heart ya Allah..

Bless me with a new heart..

- Artikel iluvislam.com

Tuesday, November 8, 2011

kasih sayang tiada noktah

Setiap anak di kurniakan ibu bapa. Tetapi sejauh mana boleh kita buktikan kasih dan sayang kita kepada ibu bapa sendiri. Adakah cukup sekadar memberi wang setiap bulan .Adakah itu bukti kasih sayang kita kepada mereka.

Ada kisah yang ingin dikongsikan di sini. Kisah seorang anak yang sanngup berkorban untuk menjaga bapanya yang sedang menderita sakit buah pinggang walaupun terpaksa berjauhan dengan suami tercinta. Ibunya telah meninggal dunia sejak dua tahun yang lalu.

Tiga hari seminggu, dia akan membawa bapanya ke pusat dialisis untuk menjalani rawatan. Setiap keperluan bapanya di urus dengan baik. Walaupun mempunyai adik-beradik yang lain, tetapi bapanya amat selesa dengan anak perempuannya yang seorang ini. Setiap kali dia menghantar bapanya untuk menjalani rawatan, segala keperluan untuk bapanya di penuhi, antaranya menyuapkan makan, memakaikan stoking dan lain-lain.

Kalau di lihat kerja itu memang nampak mudah, tetapi melayan kerenah orang tua, bukan semudah yang disangkakan. Kita perlu banyak bersabar, begitu juga, ibu bapa bersabar membesarkan kita sehingga kita dewasa. Tetapi berapa ramai anak yang sanggup untuk menghabiskan masa menjaga orang tua walaupun mempunyai segulung ijazah .

Adakah kita mampu untuk menjaga ibu bapa kita seperti itu? Belum tentu lagi kita mampu untuk melakukannya. Sekarang mungkin kita akan kata kita mampu untuk menjaga ibubapa kita, tetapi bila tiba masanya, kemana kita pada waktu itu. Sibuk mencari wang sehingga mengabaikan kedua ibu bapa kita.

Cuba fikirkan sejenak, berapa kali kita melawat ibu bapa kita, itu pun setahun sekali pada hari raya. Dan yang menetap bersama ibu bapa, sejauh mana kita telah berbakti kepada mereka. Membantu meringankan kerja mereka dirumah, itupun sudah cukup melapangkan hati mereka melihat anak membantu keperluan di rumah selain bantuan kewangan. Tetapi persoalannya, adakah kita melakukannya?.

Banyak bukti menunjukkan bahawa berbakti kepada kedua ibubapa adalah persoalan penting dalam islam. Allah menegaskan hal ini dalam firmannya:

"Allah telah menetapkan agar kalian tidak beribadah selain kepada-Nya; dan hendaklah kalian berbakti kepada kedua ibubapa". (Al-Isra' :23)

Allah talah meletakkan keredhaan-Nya pada keredhaan ibubapa.Rasul bersabda ;

"keredhaan Allah bergantung pada keredhaan kedua ibubapa.Kemurkaan Allah bergantung pada kemurkaan ibubapa" (HR.BUKHARI DAN MUSLIM)

Marilah kita sama-sama renungkan pengorbanan ibu bapa kita yang tiada penamatnya. Jasa mereka tidak mampu kita balas walaupun dengan jutaan wang ringgit. Apa yang penting, kasih sayang kita pada mereka yang tiada hentinya. Doakan kesejahteraan mereka di dunia dan akhirat, Jadi lah anak yang tahu mengenang jasa ibubapa. Hargailah pengorbanan mereka.

- Artikel iluvislam.com

kenikmatan di sebalik kesakitan

Tahukah kita bahawa di sebalik kesakitan yang kita perolehi itu ada kenikmatan yang dianugerahkan oleh-Nya? Tetapi betapa sikitnya umat manusia yang bersyukur atas nikmat yang diberi ini walaupun mensyukuri nikmat itu suatu kewajipan atas orang yang beriman. Manakala kesihatan merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah kepada hamba-hambanya.

Namun kenikmatan ketika sakit itu hanya dapat diukur oleh orang yang sedang sakit. Manusia dapat menilai erti kesihatan hanya apabila nikmat tersebut hilang. Bilamana sakit tersebut menimpa, maka sekali gus telah melenyapkan kebahagiaan.

Dalam sebuah hadis riwayat Imam al-Bukhari daripada Ibn Abbas r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "ada dua nikmat yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia iaitu kesihatan dan waktu lapang."

Namun sebagai orang hamba yang beriman, apabila ditimpa musibah penyakit ia tetap berzikir kepada Allah, bersyukur, bersabar dan mengharapkan ganjaran pahala. Sebagai mana sebuah hadis riwayat Muslim daripada Suhaib r.a., beliau berkata: "Rasulullah s.a.w. bersabda (yang bermaksud): 'sungguh ajaib keadaan seorang mukmin. Seluruh keadaanya pasti menjadi baik. Dan ia tidak dimiliki oleh sesiapa pun melainkan orang beriman. Apabila ia memperoleh kenikmatan, ia akan bersyukur, maka kesenangan itu akan menjadi kebaikan buat dirinya."

Betapa Beruntungnya Orang yang Sakit

Sekiranya orang yang sakit mahu merenung pelbagai keuntungan dan kebaikan dari penyakitnya, nescaya ia tidak akan mengangankan kesembuhan daripada penyakit tersebut.

Salah satu kelebihan sakit ialah ia dapat mengangkat darjat seseorang di sisi Allah. Sebuah hadis riwayat al-Tirmizi daripada Anas bin Malik r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya balasan pahala yang besar diperoleh melalui ujian yang besar. Kalau Allah mencintai seseorang, pasti Allah akan memberikan ujian kepadanya. Sesiapa yang redha menerima ujian Allah, maka baginya keredhaan-Nya. Dan sesiapa yang kecewa menerimanya, nescaya ia akan menerima kemurkaan-Nya."

Apabila cubaan dan penyakit menimpa orang yang memiliki hubungan yang baik dengan Allah, lalu ia mampu bersabar, nescaya semuanya itu menjadi tanda kebaikan dan tanda cinta kasih daripada Tuhannya. Sebuah hadis riwayat al-Tirmizi, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Kalau Allah menginginkan kebaikan bagi seseorang hamba, maka Allah percepatkan seksaan di dunia."

Abdullah bin Mas'ud r.a. pernah menemui Rasulullah s.a.w. ketika Baginda mengalami demam yang amat teruk. Beliau bertanya: "Wahai Rasulullah! Engkau juga mengalami demam seteruk ini?" Baginda menjawab: "Betul. Bahkan aku merasa demam dua kali ganda lebih berat daripada yang biasa kamu rasakan." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sa'ad bin Abi Waqqas pernah ditanya seseorang: "Siapakah orang yang paling berat cubaannya?" Beliau menjawab: "Rasulullah s.a.w. pernah bersabda (yang bermaksud): 'Orang paling berat cubaannya ialah para nabi, kemudian diikuti orang yang berikutnya (iaitu orang dibawah kedudukan mereka) secara berturut. Seseorang hamba akan mendapat cubaan sesuai dengan kadar imannya. Sekiranya imannya kuat, maka cubaan yang menimpanya juga berat. Sekiranya imannya lemah maka cubaan yang menimpanya sesuai dengan kadar imannya. Cubaan akan terus menimpa seorang hamba, sehinggalah ia berjalan di bumi tanpa memiliki sekelumit dosa pun."

Suatu hari, Rasulullah s.a.w. datang menemui Ummu al-Saib. Baginda bertanya: "Kenapa engkau menggigil seperti itu wahai Ummu al-Saib?" Wanita itu menjawab: "Demam, Allah tidak memberkati padanya." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jangan engkau mengutuk penyakit demam kerana penyakit itu boleh menghapauskan dosa anak-anak adam..."

Ulama' Mengharapkan Sakit

Imam Ibn Abi al-Dunya menceritakan: "Sesungguhnya para ulama' dahulu mengharapkan ditimpa demam satu malam agar diampunkan dosa-dosa mereka yang lampau."

Mengapa perlu bersedih apabila ditimpa penyakit? Kemungkinan dengan penyakit itu kita memiliki kedudukan di sisi Allah Taala yang tidak dapat dicapai oleh perbuatan amal ibadat. Jadi, Allah terus memberi cubaan kepada kita dengan hikmah-Nya yang mungkin kita tidak menyukainya, lalu ia mengurniakan kepada kita kesabaran dalam menghadapinya sehingga kita mencapai kedudukan tersebut.

Antara Maha Lembutnya Allah s.w.t. dan rahmat-Nya, bahawa apabila Allah menutup satu pintu kebaikan bagi seseorang, nescaya ia akan membuka banyak lagi pintu kebaikan yang lain. Bagi orang yang sakit, Allah tidak menghalangnya daripada mendapat pahala daripada pelbagai ibadah yang biasa mereka lakukan, meskipun mereka tidak menyempurnakan lagi kerana mereka sakit.

Sebuah hadis diriwayatkan oleh al-Bukhari, daripada Abu Musa al-'Asy'ari r.a., beliau bercerita: "Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Kalau seseorang hamba sakit atau sedang bermusafir, pasti Allah akan menulis baginya pahala seperti ketika ia mengamalkan ibadah semasa masih sihat dan sedang bermukim."

Kemuliaan apa lagi yang mahu diperoleh setelah diberikan Allah kemuliaan ini? Keutamaan apa pula yang lebih luas selain daripada keutamaan dari Allah yang mengurniakan pelbagai kenikmatan? Ketika sakit, seorang hamba berehat, namun Allah masih menulis pahala daripada ibadah dan perbuatan baik yang diamalkan semasa sihat.

Jangan Risau! Setiap Kesukaran Itu Ada Kemudahan

Sesungguhnya setiap kali Allah mendatangkan kesusahan, pasti Allah mendatangkan kemudahan sesudahnya. Ini kerana ia menjadi sunnatullah yang berlaku terhadap makhluk-Nya.

Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Insyirah ayat 5 hingga 6 yang bermaksud: "Kerana sesungguhnya sesudah kesusahan itu, ada kemudahan(5). Sesungguhnya sesudah kesusahan itu ada kemudahan(6)."

Boleh jadi pelbagai kesukaran dan kesulitan itu membuatkan seseorang hamba itu tertekan jiwanya, namun pasti akan ada jalan keluar dari sisi Allah yang akan diperolehnya. Mungkin sahaja seseorang yang menghadapi saat kesukaran dan dirasakan tidak akan dapat memperoleh penyelesaian, tiba-tiba terbuka di hadapannya jalan keluar yang tidak pernah ia terfikir sebelumnya.

Bagi orang diberi ujian(penyakit) daripada Allah, janganlah kita berburuk sangka kepada Allah, berasa kecewa dan berputus asa kerana apa-apa sahaja yang terdapat dalam persangkaan seorang hamba, maka begitulah yang Allah lakukan terhadapnya.

Jika hamba itu bersangka baik kepada-Nya, maka Allah akan memberikannya perkara-perkara yang baik. Sebaliknya jika hambanya bersangka buruk terhadap dirinya, maka Allah menganggap ia sebagai satu doa, bahkan Allah akan mengabulkan doa itu sesuai dengan permintaannya sebagaimana hadis riwayat oleh Imam Ahmad:

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Bahawa Allah Azzawajalla berfirman: 'Aku hanya mengikut sangkaan hamba-Ku sahaja. Kalau ia bersangka baik kepada-Ku, Aku pun akan berbuat begitu. Kalau ia bersangka buruk kepada-Ku, Aku pun akan berbuat begitu terhadapnya."

Akhir kalam, Sentiasalah bersabar atas dugaan kesakitan yang diberi kerana sedetik masa orang yang sakit itu dinilai oleh-Nya. Mungkin nilaian inilah yang memberatkan timbangan amal kita apabila dihisab di akhirat nanti. Wallahua'lam.

- Artikel iluvislam.com