Jika anda suka mana-mana gambar ataupun ayat dalam page ni. Silalah copy, tag ataupun share. Tidak perlu minta izin kerana ilmu ini semua datangnya dari Allah.

Thursday, January 10, 2013

Asas Kehidupan

Perlu kita perhatikan tiga persoalan asas yang berkaitan dengan seluruh kehidupan kita. Persoalan-persoalan tersebut ialah:

1. Dari manakah kita datang?

2. Mengapakah kita didatangkan?

3. Kemanakah kesudahan kita?

Untuk mencari jawapan-jawapan yang tepat maka perlulah kita merujukkepada apa telah dinyatakan oleh Allah S.W.T. di dalam al-Quran al-Karim.

Persoalan Pertama
Dari mana kita datang?

Jawapannya kita dapati dari Firman Allah S.W.T.:

“Wahai sekelian manusia! Jika kamu masih ragu-ragu terhadap hari qiamat sesungguhnya Kami (Allah S.W.T.) telah jadikan kamu dari tanah,kemudian daripada air mani dan mani menjadi darah sampai ia menjadi sepotong daging yang telah sempurna kejadiannya dan yang belum sempurna, supaya Kami beri keterangan kepada kamu dan Kami tetapkan di dalam kandungan (rahim)ibu mengikut kehendak Kami, sampailah waktu tertentu maka Kami keluarkan kamu dari kandungan ibumu menjadi kanak-kanak kemudian sampai kamu menjadiorang dewasa. Di antara kamu ada orang yang dimatikan dan ada yang dipanjangkanhidupnya sampai terlalu tua hingga tidak dapat mengetahui apa-apa sedangkansebelumnya kamu mengetahui.” - Surah al-Hajj: ayat 5.

Dengan meneliti ayat tersebut dapatlah kita ketahui dari manakah datangnyakita dan terjawablah persolan tersebut.

Persoalan Kedua
Mengapa kita didatangkan atau mengapa kita dijadikan oleh Allah S.W.T.?

Jawapan kepada persoalan ini terdapat di dalam Firman Allah S.W.T.:

“Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.” - Surah az-Zaariyat: ayat 56.

Para ulama’ muktabar telah menghuraikan pengertian ibadah itu denganpanjang lebar yang mana perkataan ibadah ada kesyumulannya (kesempurnaannya)dan mempunyai ruang lingkup yang luas, tidak semata-mata terhad kepada fardhu solat, puasa, zakat dan haji semata-mata, bahkan tugas dan kewajipan kita di dunia ini adalah beribadah dan memperhambakan diri kepada Allah S.W.T. berdasar Firman-Nya tersebut.

Untuk menepati kehendak ibadah dalam seluruh hidup ini maka setiap perbuatan yang kita lakukan itu mestilah semata-mata kerana Allah S.W.T. serta mengikut betul-betul arahan yang telah disampaikan oleh Rasulullah S.A.W..

Jika demikian segala makanan, minuman, pelajaran, pekerjaan, pendidikan jasmani, perkahwinan dan mendidik anak adalah merupakan jalan-jalan yang membantu kita untuk taatkan Allah S.W.T. serta teguhberibadah kepada-Nya. Juga menjadikan kita bertaqarrub (menghampirkan diri)kepada Allah S.W.T.. Ini bermakna rumah, sekolah, kilang, pejabat, sawah ladang, padang permainan, gedung perniagaan dan sebagainya adalah medan beribadah. Bahkan seluruh bumi Allah S.W.T. ini merupakan ‘masjid’, tempat menunaikan ibadah dalam realiti kehidupan.

Sehubungan dengan itu Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah telah menyatakan bahawa: “Setiap perkara yang telah Allah S.W.T. perintahkan hamba-hamba-Nya melaksanakan adalah dikira sebagai ibadah. Ibadah yang meliputi apa sahaja yang diredhai oleh Allah S.W.T. sama ada tutur kata, perbuatan dan tingkahlaku.”

Prof. Dr. Yusuf Qaradhawi menyatakan di dalam bukunya, al-’Ibadah Fil-Islam, bahawa: “Sesungguhnya beribadah kepada Allah S.W.T. tidaklah terhad kepada mengerjakan solat, puasa, zakat dan haji dan perkara yang berkaitan dengannya seperti tilawah al-Quran, zikir, berdoa, beristighfar dan sebagainya sahaja sebagaimana fahaman sesetengah golongan Islam (yang mendakwa Islam).

Ramai yang telah menyangka bahawa apabila mereka telah menunaikan fardhu-fardhu dan syiar-syiar yang tersebut bererti mereka telah menyempurnakan hak Allah S.W.T. terhadap mereka sepenuhnya. Mereka menyangka sudah selesai ditunaikan kewajipan ‘Ubudiyyah terhadap Allah S.W.T.. Padahal tanggapan tersebut meleset daripada hakikatnya yang sebenar”.

Beliau membuat penjelasan lagi bahawa: “Tidaklah dikira ibadah kepada Allah S.W.T. jika seseorang itu berfahaman: Aku solat, aku berpuasa, aku berzakat dan aku menunaikan haji tetapi aku bebas makan daging babi, minum arak, makan riba, berjudi serta menolak hukum-hukum syariat Allah S.W.T.yang tidak sesuai dengan pandanganku. Juga tidak dikira ibadah kepada AllahS.W.T. bagi orang yang menganggap ibadahnya hanya berada ketika di kawasan masjid, tetapi apabila ia keluar dari masjid dan mencebur diri dalam bidang-bidang kehidupan lain dia menjadi hamba kehendak dirinya, bebas mengikut kehendak hawa nafsunya dengan tidak menghiraukan hukum-hukum Allah S.W.T.”

Oleh kerana itu maka setiap orang yang terkeliru mesti memperbetulkan fahamannnya kembali mengenai Islam dan ibadah kepada Allah S.W.T..

Semoga seluruh kehidupannya berada dalam keredhaan Allah S.W.T.. Cukuplah bagi seseorang Muslim itu berfikir bahawa ia adalah Khalifah Allah S.W.T.di muka bumi ini untuk menjalankan tugas dan arahan Allah S.W.T.serta melaksanakan kewajipan ber’ubudiyyah kepada Allah S.W.T. semata-mata.Memadai ia berbuat demikian untuk mencorakkan segala jenis amalannya dengan corak Islam hinggalah segala perkataan, perbuatan dan diamnya itu ibadah kepada Allah S.W.T..

Menurut al-Qaradhawi lagi bahawa ibadah itu merangkumi dua tugas besar yang menjadi teras bagi semua perkara yang tersebut sebelum ini. Tugas tersebut ialah:

1. Menyeru kepada kema’rufan dan mencegah daripada kemunkaran.

2. Berjihad ke jalan Allah S.W.T..

Menurut huraian asy-Syahid Sayyid Qutb bahawa kerja-kerja menyuruh kepada ma’ruf serta mencegah daripada munkar tidak boleh dipandang ringan.Umat ini tidak berjaya selagi ma’ruf tidak tertegak sebagai ma’ruf dan munkar tidak dimusnahkan sebagai munkar. Untuk melaksanakan tugas yang besar itu maka perlulah kepada pembentukan Ummah. Ummah yang tertegak atas dasar Iman kepada Allah S.W.T. dan Persaudaraan kerana Allah S.W.T. agar hukum-hukum Allah S.W.T. terlaksana, kerja-kerja ma’ruf berjalan dengan senang, kebenaran mengatasi kepalsuan, kebaikan sentiasa disokong dan kemungkaran sentiasa di tentang. Untuk sampai kepada ummah Islam sedemikian maka jihad yang berterusan diperlukan dan mengikuti jalan-jalan yang betul sebagaimana yang telah digariskan oleh Rasulullah S.A.W.

Persoalan Ketiga
Kemanakah kesudahan kita?

Persoalan ini tidak memerlukan huraian yang panjang kerana setiap orang yang menyedari asal-usulnya serta mengetahui tugas kewajipannya, maka InsyaAllah ia akan menyedari pula ke manakah kesudahannya. Walaupun demikian jawapannya tetap telah dinyatakan oleh Allah S.W.T. dalam FirmanNya:

“Sesungguhnya kepada Tuhan (Allah) kesudahan kamu (tempat kembali).Dialah yang membuatkan kamu tertawa dan Dia juga yang membuatkan kamu menangis.Dialah yang mematikan kamu dan menghidupkan kamu kembali.”

- Surah an-Najm: ayat 42-44.

Wallahu A'lam....

Dr Asri - Asas Kehidupan

Sunday, January 6, 2013

10 Sahabat Rasulullah Dijamin Masuk Syurga

Abu Bakar As-Siddiq

-Orang yang membenarkan perjalanan isra’ mikraj rasul S.W.A sehingga diberi gelaran as-siddiq
-dicatat dalam suruh al-taubah,ayat ke-40
-digelar oleh ali R.A sebagai manusia paling berani di muka bumi
-seumur hidupnya beliau tidak pernah bersyair dan meminum arak.

Zubair bin Al-’Awwam

-Orang bpertama yang menghunuskan pedaangnaya di jalan Allah
-diseksa oleh bapa saudaranya dengan menggantungnya terbalik di dalam gulungan tikar di bawah nyalaan api supaya beliau kembali kafir.
-umar R.A menghantarnya sebagai perajurit yang bernilai seribu perajurit bagi membantu tentra amru al-As R.A menentang tentera rom.

Saad bin Waqas

-Terkenal dengan panahannya yang sentiasa tepat dan doanya yang bagaikan pedang yang tajam
-diuji dengan mogok lapar ibunya yang memaksanya kembali kepada kekafiran
-dicatat dalam suruh Luqman ayat ke-15
-memimpin pasukan islam menentang tentera parsi ketika pemerintahan umar R.A

Abu ‘Ubaidah Al-Jarrah

-Digelar Rasul S.A.W sebagai seorang kepercayaan umat ini.
-dicatat dalam suruh al-Mujadilah ayat ke-22 di atas peristiwa beliau mengorbankan ayahnya dalam perang uhud.
-gigi-giginya tercabut akibat daripada menggigit rantai besi yang tertusuk ke dalam pipi Rasululluah S.A.W

Ali bin Abi Talib

-Digelar singa Allah yang dimuliakan wajahnya.berjaya memecahkan benteng pertahanan khaibar,pertahanan terakhir yahudi
-dimuliakan oleh Rasul S.A.W sebagai gerbang kota ilmu
-terkenal dengan ketinggian ilmu pengetahuan dan ilmu peperangan selain Umar R.A

Uthman bin ‘Affan

-Digelar zunnur’ain(pemilik dua cahaya)
-disifatkan Rasul S.A.W sebagai lelaki yang malaikat malu terhadapnya.
-membeli telaga berharga 20,000 dirham daripada lelaki yahudi untuk kegunaan umat islam yang sedang berhijrah ke madinah.
-mengumpulkan al-Quran dalam satu mushaf utama semasa pemerintahannya.

Umar Al-Khattab

-Digelar oleh Rasul S.A.W sebagai al-Faruq(pemisah antara hak dan batil)
-dikatakan bahawa islam sentiasa berada dalam kemenangan setelah keislaqman beliau.
-para sahabat berpendapat bahawa beliau menguasai 9 daripada 10 cabang ilmu.
-mengembangkan islam dari timur ke barat dalam masa yang singkat.

Abdurrahman bin ‘Auf

-Terkenal sebagai seorang sahabat yang paling dermawan.
-didoakan keberkahan hartanya oleh Rasul S.A.W sehingga beliau mengibaratkan kekayaannya seumpama menemukan emas dan perak apabila beliau mengangkat sebuah batu.
-satu-satunya sahabat yang pernah menjadi imam solat Rasulullah.

Talhah bin Ubaidillah

-Diseksa oleh ibu dan keluarganya sendiri supaya kembali kafir.
-diikat dan dipukul bersama-sama Abu Bakar R.A oleh kaum Quraisy sehingga keduanya digelar al-Qarinain(sepasang sahabat yang terikat)
-degelar ‘Syahid yang hidup’,’Talhah yang baik’ dan Talhah yang dermawan’.
-lebih 70 kesan luka dan jari-jarinya putus kerana mempertahankan nabi.

Sa’id bin Zaid

-Beliau dan isterinya,fatimah binti Khattab R.A berjaya membawa sinar hidayah kepada Umar R.A.
-menyertai kebanyakan perang menentang Rom,Kisra dan juga Parsi.
-diangkat menjadi pemerintah Damsyik oleh Abu Ubaidah R.A.
-doanya ketika teraniaya oleh seorang wanita penfitnah dimakbulkan Allah,wanita itu menjadi buta dan mati.

Thursday, January 3, 2013

Mandi sebelum Subuh

Ramai di kalangan kita yang mengalami kesukaran untuk bangun awal pagi dan mendirikan solat Subuh di awal waktu.

Masalah ini terjadi atas beberapa sebab, antaranya ia telah menjadi tabiat, tidur lewat dan perasaan malas untuk bangun waktu subuh.

Penulis harap selepas anda membaca artikel ini anda akan bangun awal untuk mandi sebelum subuh dan jangan lupa untuk solat subuh sekali..

KEBAIKAN MANDI SEBELUM SUBUH

Mandi awal pagi bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan. Malah mandi awal pagi iaitu sebelum solat Subuh merupakan antara amalan Rasululah SAW. Antara manfaat mandi awal pagi ialah:

1. Melancarkan peredaran darah.

Jika peredaran darah lancar maka tubuh akan menjadi lebih sihat dan bertenaga.

2. Kulit lebih lembut dan halus.

Mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan lingkaran gelap bawah mata. Kuku juga akan menjadi   lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

3. Meningkatkan kesuburan

Tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila mandi pada waktu pagi. Justeru, dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi.

Insyaallah jika diamalkan selalu, risiko untuk mendapat penyakit ini akan berkurangan. Jangan lupa diiringi doa juga.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang.

Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik untuk menghilangkannya.

6. Meningkatkan sel darah putih.

Mandi dengan air sejuk akan meningkatkan sel darah putih. Apabila sel darah putih banyak maka daya tahan tubuh terhadap penyakit pun meningkat.


p/s: Jom ikut sunnah…

kerjaya itu adalah satu ibadah

Kenangan Presentation Group 3 History of Quadratics.... 

Segelintir masyarakat tidak memahami pekerjaan seharian dinilai sebagai ibadah apabila memenuhi garis panduan ditentukan syariat. Malah di situlah letaknya nilai keunikan Islam sebagai cara hidup jika difahami dengan teliti.


Pernyataan ini sekali gus menafikan pandangan serong yang cuba memisahkan agama dengan kehidupan kerana setiap gerak geri dan tindak tanduk umat Islam dinilai baik ataupun buruknya. Matlamat akhir sesuatu pekerjaan dilakukan mestilah bertujuan memperoleh keredaan Allah.


Justeru, beberapa perkara perlu diperhalusi bagi mencapai maksud dan tujuan mulia itu antaranya, niat ikhlas ketika bekerja kerana tidak dinafikan setiap orang pasti mengharapkan balasan bersifat duniawi seperti gaji dan ganjaran lain terhadap kerja yang dilakukan.


Saranan Baginda Nabi Muhammad SAW supaya pekerja dibayar upah sebelum kering peluhnya menunjukkan bagaimana Islam sangat mengambil berat persoalan ini. Lebih daripada itu, niat ikhlas ketika bekerja boleh diterjemahkan dengan tidak curi tulang atau melakukan kerja sambil lewa.


Malah ada juga yang bersungguh-sungguh bekerja ketika di depan bos lalu dianggap seorang yang berdedikasi tetapi berubah menjadi munafik apabila di belakangnya. Amalan buruk sebegini dikhuatiri memberi kesan kepada keberkatan gaji diperoleh sekalipun banyak tetapi masih tidak mencukupi.


Memilih pekerjaan yang dibenarkan syariat adalah antara syarat utama sesuatu pekerjaan dinilai ibadah. Aktiviti tidak sihat dan dilarang agama mengundang kemurkaan Allah, jadi bagaimana ia boleh diterima sebagai ibadah.


Tindakan individu yang mengaut keuntungan daripada kesusahan orang lain adalah pekerjaan yang diharamkan. Amalan buruk seperti ini boleh menjejaskan hubungan istimewa seorang Muslim dengan saudaranya yang lain.


Pembabitan masyarakat Islam dalam aktiviti tidak sihat seperti bekerja di premis menjual arak, pusat hiburan dan judi, premis yang menganjurkan maksiat seperti kelab malam dan pusat pelacuran dilarang sama sekali.


Sesibuk mana pun bekerja ia tidak seharusnya menyebabkan seseorang melalaikan tanggungjawab ibadat khususnya solat dan berpuasa di bulan Ramadan. Ia juga tidak boleh dijadikan alasan untuk mengqada solat yang sengaja ditinggalkan.


Dalam hal ini, ketua jabatan yang beragama Islam boleh memainkan peranan sentiasa mengingatkan kakitangan bawahan supaya tidak mengabaikan solat lima waktu. Mesyuarat yang diadakan boleh dirancang supaya tidak menyebabkan tertinggal solat fardu.


Dalam konteks lain, suami isteri bekerja perlu memahami mereka bertanggungjawab mengurus rumah tangga dan anak dengan sempurna. Adalah tidak molek isteri hebat di pejabat tetapi suami dan anak berantakan di rumah.


Begitu pula jika suami hanya sibuk dengan perniagaan dan bermain golf selepas waktu pejabat, boleh mengundang implikasi buruk seperti isteri curang dan anak bebas tanpa perhatian ibu bapa.


Ketika bekerja, adab dan pergaulan antara bukan mahram perlu diberi perhatian serius. Elakkan perkara yang boleh mengundang fitnah sehingga merosakkan hubungan suami isteri.


Cara berpakaian segelintir wanita berkerjaya dan hubungan di tempat kerja hendaklah tidak melangkaui sempadan agama dan garis panduan ditetapkan. Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Wanita adalah aurat, apabila dia keluar maka syaitan akan menyambutnya.” (Hadis riwayat Tirmizi)


Perbuatan kurang sopan seperti berdua-duaan dalam pejabat dan gurauan melampaui batas perlu dielakkan bagi mengelak tuduhan.


Kejayaan sebenar bekerja bukan bersandarkan gaji atau pangkat. Matlamat utama seharusnya disasarkan adalah al-falah iaitu kejayaan hidup di dunia dan akhirat. Apa guna gaji dan pendapatan lumayan jika ia tidak mampu membeli syurga penuh kenikmatan.

Kenangan Workshop history of Mathematics 2 nov 2012