Jika anda suka mana-mana gambar ataupun ayat dalam page ni. Silalah copy, tag ataupun share. Tidak perlu minta izin kerana ilmu ini semua datangnya dari Allah.

Saturday, April 30, 2011

Ketahuilah Persepsi Itu Fitnah

Hari ini aku nak berkongsi dengan korang pasal persepsi? Persepsi ke atas orang lain? ermm. Entah lah kan.. baca lah dengan hati yang tenang..
Jika wujud persepsi buruk ke atas seseorang oleh dirimu, ketahuilah bahawa kamu akan terkurung di dalam kesempitan jiwa.

Selagi mana kamu tidak membuangkan persepsimu itu, kamu terus akan dihimpit. Lalu pasti akan wujud pula fitnah dari mulutmu kepada seseorang itu. Kamu akan bertambah sempit apabila fitnah mula berjalar tanpa mampu disekat. Ketika kita dengki, kita tahu kita dengki, Ketika kita benci, kita tahu kita benci. Ketika kita cinta, kita tahu kita cinta. Ketika kita khusyuk, kita tahu kita khusyuk. Ketika kita melakukan fitnah, kita tahu kita melakukan sesuatu yang buruk. Ketika kita marah, kita tahu kita sedang marah. Ketika kita sedih, kita tahu kita sedang sedih. Ketika kita malas, kita tahu kita sedang malas. Semua orang tahu keadaan dirinya. Namun kita tidak mampu mencabut semua rasa-rasa fujur dalam diri kita walaupun kita puas berusaha kerana ia tetap dikehendaki oleh Yang Maha Mengkehendaki untuk terus memberi kita ilham fujur. Ketika Allah SWT memberikan ilham fujur pada kita, tiada seorang pun yang mampu menahannya. WALAUPUN KITA TAHU KITA SEDANG DILANDA DENGAN FUJUR.

Allah berfirman yang bermaksud:

"Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan (fujur) dan jalan ketaqwaannya." (Asy Syams 91:8).

Persepsi itu menunjukkan Kamu TIDAK TAHU PERKARA APA YANG BERLAKU SEBENARNYA.Lalu janganlah kamu berpersepsi kerana beberapa ketika PASTI kamu akan melakukan fitnah. MUNGKIN BUKAN FITNAH DENGAN YANG LAIN, TETAPI PASTI FITNAH BERLAKU DI DALAM HATIMU dengan anggapan-anggapanmu. Hatimu terus sempit. Dirimu akan menjauhi dirinya. Sikapmu menjadi buruk. Kamu terus membenci, dengki, sakit hati dan pelbagai label dan anggapan terus diberikan oleh fikiran dan emosimu.

Persepsi ke atas diri sendiri?
Persepsi merasa dirimu bagus sebenarnya mampu memakan diri. Tujuan asalmu sekadar untuk memberikan motivasi kepada dirimu. Namun kamu terlupa bahawa fikiran dan emosimu mudah dipengaruhi. Otakmu itu hanyalah sebuah alat rakaman. Merakam apa yang kamu rasa. Ketika kamu terus berasa dirimu bagus, pasti suatu ketika fikiran dan emosimu tidak lagi mampu mengawal rasanya. Maka akan wujud rasa bangga diri. Bermula bangga diri dengan diri sendiri, ia akan perlahan-lahan terus memakan diri. Bangga diri mula terasa ketika diri mula membandingkan kehebatan diri dengan yang lain. Sedangkan ia cuma sebuah persepsi diri sendiri.

Persepsi menjerat dirimu. Bermula untuk bangga sendiri sekadar motivasi untuk lebih maju, kini kamu tidak sedari secara tidak langsung kamu mula merasa yang lain lebih rendah dari dirimu. Nah! inilah permainan fikiran dan emosimu. Sedarlah bahawa kamu sebenarnya sedang diilhamkan oleh Allah dengan fujur. Jauh di sudut jiwa itu pasti ada suara-suara yang meminta kamu jangan membangga diri. Namun suara-suara itu hanya mampu dikatakan di bibir sekadar penutup kebanggaan diri. Namun jiwa? Aduh! tidak mampu kamu buangkan rasa fujur itu kerana jiwamu dipegang Allah SWT. Selagi kamu tidak datang dan berserah kepadaNya, kamu akan terus dihimpit. Penyelesaiannya
Lalu, jangan sombong dengan Allah sehingga kamu membiarkan fujur kamu itu menyempit dan terus menyempitkan dirimu. Apabila wujud persepsi dalam diri, cepat-cepatlah datang ke Allah. Kerana kamu tahu dirimu sedang sakit… sempit. Apa yang dirasai olehmu, pasti dirimu tahu. Lalu pasrahkan dengan sebenar-benarnya dirimu padaNya. InsyaAllah, akan dicabut oleh Allah SWT persepsi itu. Kamu akan mula tenang. Fitnah terhapus. Sempit juga akan lenyap dari dirimu.

Tinggalkan kesedaran wilayah jasadmu. Angkatlah sehingga ke kesedaran tertinggi.
Di wilayah tertinggi ini, dirimu terlepas daripada persepsi. Jiwamu pasti tenang. Kerana dirimu terlepas daripada fikiran dan emosi. Yang ada hanya Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Kamu tidak akan terhimpit lagi kerana yang ada dalam dirimu hanyalah kasih sayang daripadaNya. Kamu pasti tersenyum bahagia.

P/s: kebahagiaan milik kita bersama. hehe

Tuesday, April 26, 2011

Hidup Perlu Berdoa kepadaNya

Bacalah doa di bawah dengan penuh kesedaran dan kejiwaan. Bagaimana? Bacalah satu persatu dengan bersuara perlahan (cukup sendiri mendengarinya. Tidak berkesan jika hanya membaca di dalam hati). Sedari bahawa Allah itu sedang mendengar apa yang saudara rintihkan dan perkataan ‘aku’ di dalam doa di bawah adalah saudara sendiri. InshaAllah, sedikit‐sedikit saudara akan berasa dekat dengan Allah.

Ternyata… Allah menghendaki kita untuk berjaya, untuk hidup senang dan bahagia.
ya Allah maafkan aku kerana selama ini aku selalu mendahuluiMu dan menentangMu dengan selalu mengutamakan usahaku ya Allah. Aku sering mendahului fikiran dan kemahuan serta kekuatanku ya Allah. Selalu merungut sehingga kekadang aku merasakan Engkau tidak mahu mengikut segala kehendakku ya Allah. Kekadang aku kecewa dengan ketentuanMu ya Allah.

Ya Allah, ampuni aku kerana aku seringkali melupakan diriMu ketika aku membuat pilihan di dalam kehidupan ini ya Allah. Aku membuat pilihan hanya menggunakan nafsuku tanpa meminta petunjuk daripadaMu ya Allah. Aku terlupa bahawa setiap apa yang berlaku adalah datangnya dariMu ya Allah.

Ya Allah, maafkan aku kerana aku sentiasa mencintai yang lain lebih daripada mencintaiMu ya Allah. Aku berasakan mencintai yang lain lebih utama daripadaMu ya Allah. Aku berasa sedih jika aku tidak memiliki cinta daripada yang lain lebih daripada memiliki cintaMu ya Allah.

Ya Allah, maafkan aku kerana aku seringkali berasakan akulah yang berusaha di dalam kejayaan yang aku miliki ini ya Allah. Aku berasakan pencapaian aku pada hari ini adalah kerana hasil penat lelah usaha aku ya Allah. Aku berasakan bahawa kehebatan diri akulah penyebab kepada apa yang aku miliki pada hari ini ya Allah.

Ya Allah, maafkan aku ya Allah. Aku sekarang sedar bahawa semua kekuatanku akan aku
padamkan dan akan aku ganti dengan kekuatanMu yang menghendaki aku untuk hidup lebih baik dan lebih baik.

Ya Allah, maafkan aku ya Allah. Aku sekarang sedar bahawa semua cintaku kepada yang lain akan aku letakkan di kemudian dan akan aku mencintaiMu lebih daripada apa pun juga ya Allah.

Ya Allah, ampuni diriku ya Allah. Aku kini sedar bahawa semua kehendakku akan aku padamkan dan akan aku gantikan dengan kehendakMu yang menghendaki aku untuk menerima segala ketentuanMu ya Allah.

Ya Allah, maafkan aku ya Allah. Aku telah sedar bahawa semua usaha aku ini adalah di atas kehendak diriMu ya Allah. Aku tidak berdaya untuk memiliki apa‐apa usaha pun ya Allah. Aku akan mengikuti kehendakMu untuk berjaya ya Allah, untuk hidup senang dan untuk hidup yang lebih baik. Aku sangat sedar ya Allah, selama ini aku memilih untuk hidup miskin sedangkan Engkau menyatakan bahawa Tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah.

Aku akan mengikuti kehendakMu untuk aku terus bernafas ya Allah. Engkau menghendaki jantung aku terus berdegup ya Allah. Engkau terus menghendaki mata aku untuk terus melihat ya Allah. Engkau tetap menghendaki telinga aku untuk terus mendengar ya Allah. Engkau sentiasa menghendaki mulut aku untuk terus bercakap, makan dan merasa makanan ya Allah.

Engkau menghendaki aku mampu bersolat, Engkau menghendaki agar aku bersedekah, berzakat, melakukan kebaikan kepada semua orang. Engkau mengkehendaki aku bekerja, bersahabat, berkongsi ilmu, berkeluarga dan segala‐galanya ya Allah.
Engkau mengkehendaki aku memiliki kereta, rumah, kerja, isteri, anak dan banyak lagi nikmat yang Engkau berikan ya Allah.

Engkau mengkehendaki untuk aku mencari ilmuMu sehingga ke tahap yang lebih tinggi ya Allah. Engkau mengkehendaki untuk aku berkongsi tentang kebesaranMu ya Allah. Engkau mengkehendaki untuk aku memiliki rasa cinta dan berada dekat dengan diriMu semakin hari semakin dekat ya Allah.

Engkau mengkehendaki aku hidup penuh dengan ketenangan ya Allah. ya Allah Aku RELA untuk hidup senang ya Allah. Aku RELA untuk hidup dengan penuh kejayaan ya Allah. Aku RELA mengikuti apa sahaja kehendakMu ya Allah.

Aku PASRAH untuk hidup tenang ya Allah. Aku REDHA untuk terus mencari ilmuMu ya Allah. Aku redha, pasrah dan rela untuk terus bernafas ya Allah. Untuk itu ya Allah senangkanlah aku ya Allah, berjayakanlah aku ya Allah dan baikkanlah hidup aku Ya Allah..amin ya Allah ya rabbbal a’lamin.

Monday, April 25, 2011

Kebahagiaan Sebenar


Bersama Pengarah Program SPM'11 Port Dickson

Kebahagiaan hakiki itu rahmat. Namun kebahagiaan yang kita miliki ini tidak semestinya rahmat. Mungkin ia sekadar kebahagiaan yang diciptakan oleh fikiran.

Lalu dapatkanlah kebahagiaan yang sebenar…yang hakiki. Semoga kebahagiaan yang kita miliki ini adalah kebahagiaan atas rahmat Allah SWT.

Mereka yang mendapat kebahagiaan itu tidak semestinya memiliki kebaikan. Kerana ada yang bahagia sedangkan diri sedang melakukan maksiat. Malah berbangga dengan maksiat yang dilakukan.

Mereka yang mendapat kebahagiaan itu tidak semestinya memiliki keuntungan. Kerana ada yang bahagia sedangkan diri sedang mendedahkan diri dengan berpakaian membuka aurat baik lelaki atau pun wanita.

Mereka yang mendapat kebahagiaan itu tidak semestinya memiliki ketenangan. Kerana ada yang bahagia sedangkan diri berada di dalam keegoan atas kejayaan yang dimilikinya.

Saudara,
Yang kita takuti adalah kebahagiaan mengikut fikiran kita dan sebenarnya ia bukanlah kebahagiaan yang sebenar iaitu kebahagiaan atas rahmat Allah SWT.

Saudara lihat mereka yang melakukan maksiat sentiasa bahagia. Walaupun pasti di dalam jiwa mereka sebenarnya masih tercari-cari sebuah kebahagiaan yang hakiki namun mereka senang dengan kemaksiatan mereka.

Mereka yang mendedah aurat juga bahagia dan bangga diri kalau dapat menunjukkan aurat mereka. Mereka bangga meletakkan gambar mereka di Facebook atau di mana-mana ruang di internet ini. Mereka rasa seronok, gembira dan senang hati apabila dipuji….”wah seksinya”.

Mereka yang ego dengan kejayaan juga berasa bahagia. Malahan berasa diri sangat hebat di atas kejayaan itu. Berasa kerana usaha sendirilah yang menyebabkan mereka berjaya.

Saudara,
Semua ini sebenarnya bukanlah kebahagiaan tetapi sebenarnya satu BALA daripada Allah SWT. Fujur itu bukan sahaja nyata keburukannya namun keburukannya terselindung di dalam sesuatu yang dirasakan baik oleh manusia itu sendiri.

Diri diberi rasa baik oleh Allah SWT dengan rasa kebahagiaan, senang hati, gembira etc ketika melakukan fujur. Inilah dugaan yang paling menakutkan kerana kita tidak merasakan keburukan itu satu keburukan lagi tetapi keburukan sudah dirasakan sesuatu kebaikan.

Allah memberikan rasa bahagia dan mereka semakin senang dengan rasa ini. Rasa bahagia dan senang ini sebenarnya membuatkan mereka SEMAKIN JAUH dengan Allah SWT. Inilah fujur yang Allah SWT berikan dan fujur ini ramai yang gagal untuk pulang kepada Allah SWT.

Saudara,
Untuk diri kita pula, janganlah menghina rakan-rakan yang sentiasa bahagia dengan maksiat dan keburukan. Mereka itu sedang diuji Allah SWT. Allah SWT juga sedang menguji kita di mana Allah SWT melihat sejauh mana kita mampu untuk membawa rakan-rakan yang bermasalah itu datang kepadaNya.

Marilah, mulai saat ini belajarlah cara praktikal bagaimana kita mampu membawa mereka kepada Allah SWT.Tidak hanya pandai berkata-kata dengan kata-kata bersabarlah, bergantunglah, berserahlah, redhalah, pasrahlah, ikutlah, berusahalah, tabahlah etc.

Hari ini kita memerlukan lebih daripada nasihat sebegitu kerana sebenarnya ramai yang mengetahui ketika bermasalah, aku kena sabar. Ketika diri membuka aurat, ada suara kecil berkata-kata, aku berdosa. Ketika ego, ada satu personaliti yang lebih baik sentiasa mengatakan…kamu berjaya atas izin Allah.

Namun diri mereka tidak kuat untuk meninggalkan keburukan, maksiat dan mahu merendah diri kerana jiwa mereka lebih senang terus berada dalam keadaan fujur itu.

Lalu bagaimana praktikalnya? Semoga saudara menemui cara praktikal di Jiwa Positif Jiwa Bahagia yang akan diadakan pada 18 atau 19 Disember ini. Bukanlah untuk keuntungan. Bukan untuk popular. Bukan untuk menunjuk hebat.

Kerana sebenarnya mudah untuk saya terangkan secara verbal dan bersua muka berbanding dalam bentuk penulisan agar kita memahami tentang hidup bertuhan ini. Semuanya perkongsian yang praktikal berdasarkan pengalaman diri saya bersama isteri, anak-anak dan sahabat. Semoga ada manafaat.

Untuk info lanjut: http://www.fuadlatip.com/v1/2010/11/jiwa-positif-jiwa-bahagia/

Saturday, April 23, 2011

Terbaik-terbaik-terbaik.haha

Bersama kawan2 diploma semester akhir 2009


Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita. Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.
Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang. Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan.
Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang. Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut.

kenangan bersama kawan sekerja KEM dis 2004

bersama kawan2 sekelas sept 2010


Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.
Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik.Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.
Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam. Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.



ps: skg minggu exam. malas betul mau stdy. apaaa pun xboleh..haha

kita bukan hipokrit

"Eleh, kau pakai tudung pun bukannya ikhlas. Hipokrit!"

"Bajet baik la konon nak nasihat aku! Munafik la weyh!"

"Eh, sejak bila jadi pak lebai ni? Dah pandai cakap halal haram ni? Munafik betul!"

Sakit telinga mendengar. Sakit lagi dalam hati. Kerana itu, ramai yang tersungkur. Hasrat mahu berubah, terkubur hanya kerana 'suara keldai' ini. Inilah cabaran orang yang mahu berubah. Pasti dia akan terdengar cakap-cakap buruk dari manusia sebangsa dan seagama dengan mereka ini.

Persoalan saya, adakah orang yang mahu berubah itu orang hipokrit?

Tidak! Sama sekali bukan munafik orang yang mahu berubah. Sebaliknya, tindakan untuk berubah itu tindakan orang bijak dan berani. Maka,
izinkan saya menyatakan penghargaan saya kepada anda yang sedang berusaha untuk berubah. Anda seorang wira! Anda seorang pejuang! Dan anda seorang yang cantik di mata Tuhan.

Janganlah berhenti. Dalam banyak tempat dalam Al-Quran, Allah menyatakan bahawa manusia akan diuji. Diuji, dan terus diuji hingga diyakini, siapa yang dalam kalangan kita yang benar-benar 'bulat' hatinya untuk mencari wajah-Nya.

Ujian ini Allah timpakan kepada kita seperti tangga. Selepas kita memanjat satu tangga, kita akan memanjat satu lagi. Kemudian, satu
lagi, dan satu lagi. Hinggalah kita mencapai puncak iaitu wajah redha-Nya. Antara ujian yang paling berat ialah penerimaaan masyarakat, ahli keluarga dan kawan-kawan kita.

Bagi yang lemah, pasti mereka akan berhenti memanjat hanya kerana label munafik atau hipokrit yang diberikan orang. Tuduhan yang
tersangat salah! Saya tertarik dengan satu hadis:

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: "Bacalah al-Quran dan menangislah, dan jika tidak boleh menangis buat-buatlah menangis" - Hadis riwayat At-Tabrani.

Saya paling tertarik dengan perkataan 'buat-buatlah menagis'. Bukankah pada zahirnya, 'buat-buat' tu bererti berlakon? Adakah kita mahu
menipu Allah?

Tidak. Sama sekali tidak. Sesungguhnya Allah itu Maha Tahu dan Paling Faham akan manusia. Dia tahu, bahawa untuk manusia menjadi hamba yang baik, dia tidak akan dapat terus jadi baik. Dia harus melalui proses yang panjang. Sedikit demi sedikit, perubahan akan berlaku.

Allah tahu segalanya. Dia tahu bahawa kita ada limit atau batasan. Kita tidak akan mampu terus berubah dengan mendadak. Kita hanya akan mampu berubah, sedikit demi sedikit. Kerana itu, Allah tak memberatkan kita dengan 'mesti menangis', sebaliknya Allah sediakan kita
keringanan, jika kita tak mampu, buat-buatlah menangis.

Dengan erti kata lain, jika kita tidak mampu jadi manusia yang terbaik, maka kita latihlah diri menjadi manusia yang baik! Lama-kelamaan, pasti kita akan dapat jadi yang terbaik. Bukankah mentol yang ada pada hari ini adalah hasil daripada ratusan kegagalan Thomas Edison? Saya pasti, kalau Thomas Edison berjiwa kecil, pasti dia akan putus asa apabila dicaci.

Untuk mencapai kesempurnaan iman, jangan takut mencuba menerima cacian.

Kesimpulan

Jangan peduli cakap orang. Bukankah kita mahu berubah kerana Allah? Allah pasti akan suka, jika kita mahu berubah. Cuma syaitan saja yang tak suka. Jadi, rasanya tidak melampau jika saya kata manusia yang menghalang orang buat baik, dia tu macam syaitan. Ada bantahan?

Selepas ini, jika ada lagi orang kata 'kau munafik', maka balaslah, "So what?"

- Artikel iluvislam.com

Friday, April 22, 2011

Dalil-Dalil sebab kita diuji di dunia.

Manusia Bertanya : Kenapa aku diuji?



Al-Quran Menjawab :

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? (Lihat Surah Al-Ankabuut : 2).

“Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta”. (Lihat Surah Al-Ankabuut : 3)

Manusia Bertanya : Kenapa aku tidak diuji sahaja dengan perkara-perkara yang baik?



Al-Quran Menjawab :

“…boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”. (Lihat Surah Al-Baqarah : 216)

Manusia Bertanya : Kenapa aku diberi ujian seberat ini?



Al-Quran Menjawab :

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya……….” (Lihat Surah Al-Baqarah : 286)

Manusia Bertanya : Bolehkah aku kecewa?



Al-Quran Menjawab :

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman”. (Lihat Surah Ali Imraan : 139)

Manusia Bertanya : Bolehkah aku berputus asa ?



Al-Quran Menjawab :

“…dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir”. (Lihat Surah Yusuf : 87)

Manusia Bertanya : Bagaimana cara menghadapi ujian hidup ini?



Al-Quran Menjawab :

“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung”. (Lihat Surah Ali Imraan : 200)

“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk”. (Lihat Surah Al-Baqarah : 45)

Manusia Bertanya : Bagaimana menguatkan hatiku?



Al-Quran Menjawab :

“….Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan melainkan Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal…….” (Lihat Surah At-Taubah : 129)

Manusia Bertanya : Apa yang ku dapat dari semua ujian ini?



Al-Quran Menjawab :

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka……….” (Lihat Surah At-Taubah : 111)

Wallahualam.



Posted @ www.isuhangat.net

Tuesday, April 19, 2011

aku juga insan biasa

Assalamualaikum wbt…..

Bertemu kembali nampaknya kita. Mungkin sudah ditakdirkan, selepas setahun aku berada di fakulti pendidikan, banyak perkara dan peristiwa yang telah berlaku semasa berada di tahun 1 SPM. Ini sudah pasti memberikan pengalaman yang sangat seronok kepada aku dan kawan2. Pengalaman manis dan pahit tidak dapat dilupakan, suka duka bersama kawan2 juga tidak akan luput dari ingatan.

Kadang-kadang…

aPabila terdetik jari-jemari untuk cuba merajinkan diri menulis, tiada apa yang menjadi penghalang. Biar kekangan masa sekalipun. Jadual final exam telahpun dikeluarkan pihak universiti menunjukkan exam telah hampir tiba. Risau juga sebenarnya, 4 subjek perlu dikhatamkan pada kali ini, psikologi pendidikan, Fizik, Statistik 2, dan juga subjek 'killer' untuk kursus matematik iaitu subjek analisis nyata. Doakan semoga kami dipermudahkan-Nya insyaAllah. Life as a 'teacher' student, boleh tahan tough juga. Ini kira ok lagi, jika dibanding dengan apa yang professor analisis nyata aku sarankan “no other things in your brain except medicine, even your friends either…1 or 2 are just more than enough!”. Pelik aku mendengarnya, sampai begitu sekali Prof. Yusuf mengajar kami erti dunia perguruan. Mungkin hanya sekadar exaggeration-nya sahaja demi “memotivasikan” kami untuk lebih bersungguh-sungguh, heH! =p

bersama kawan2 first year kursus pendidikan matematik:


Kadang-kadang…

Bosan juga sebenarnya dengan pembelajaran pada kali ini. Real analysis… bunyinya saja sudah cukup sophisticated untuk didengari. Tetapi…. Ha3meL eih bas, sabar banyak-banyak. Nak menuntut ilmu ini bukan sesuatu yang mudah, menguji kesabaran, keimanan serta ketaqwaan yang tinggi, hehe. Tambahan lagi dengan professor-professornya yang berbagai ragam. Tidak mahu tidak, walau sebosan mana subjek itu sekalipun, walau se’baik’mana professor yang mengajar, seharusnya kita hadapi. Tambahan pula para professor harus lebih kita hormati. Kita mungkin terlebih dimanjakan, sehingga terbiasa melihat keadaan dimana setiap ‘perangai’ pensyarah yang perlu ditelan, dianggap sebagai sesuatu yang mencabar kita, walau mereka adalah pendidik sekalipun. “prof. nie bla…bla…bla… garang, pelik, lewat. Prof. nie “physically insulted” bla…bla…bla…” biasa bukan dengan keadaan seperti ini? Honestly, aku juga tidak terlepas dengan situasi sebegini. Maklumlah jiwa anak muda, darah baru mula nak belajar mendidih, hoho! Dengar cerita rakan-rakan, professor(malah assistant sekalipun) sangat-sangat disegani(terpaksa mungkin??) walaupun herdik-mengherdik, caci mencela sudah sebati dengan jiwa mereka, dihadam dengan cukup sempurna =p. Bagaimana nanti kita seusai tamat pengajian, kembali sebagai guru? Mampukah untuk kita mengadaptasikan diri dengan situasi sebegini?? Jangan dihambur mereka kembali sudah, maklumlah… involuntary reaction mechanism. Kesimpulannya, sayangi guru anda….hehe!

“]ngan cikgu psikologi pendidikan... cikgu nora [pensyarah]

ngan cikgu nora yang suke bercerita, hehe!... cikgu nora hot tue

Kadang-kadang…

Terasa diri benar-benar ingin berubah kearah yang lebih baik. Pelbagai benda dirancang di jiwa, pelbagai perkara cuba dicanang di minda. Semangat membuak-buak untuk melakukan itu dan ini, satu-persatu dicampur, kemudian diuli hingga sebati. Demi kebaikan diri sendiri, tidak dilupa juga orang sekeliling dikanan juga kiri. Kalau boleh, untuk segala-galanya, ibu ayah semua! Seronok betul berada dalam masa-masa sebegini, tinggi betul pengharapannya. Tetapi selepas seketika masa, luntur-lebur semangat yang pernah hadir, hilang jauh ditiup angin. Kenapa? Entahlah… banyak betul persoalan yang timbul. Makanya, jangan ditangguh benda yang cantik molek, takut ia lari hilang entah kemana, lantas jauh ditinggalkan, terus dilupa. Faktor orang sekeliling? jangan peduli… sekarang banyak yang suka menjadi ketam melayu, jarang sungguh untuk ketemu si ketam cina, hampir pupus mungkin… eh, awak nak salahkan dia?? Tunggu jap!! Sebelum menuding ke arah orang lain, tengok diri sendiri dahulu. Awak nak, awak usaha, awak dapat. Start with your ownself first, then nothing can stop you from running freely when your eagerness above all others’. Lebih baik lagi, amalkan budaya sharing is caring, baru dikira bersyukur namanya. Ubah diri sama-sama yoK!!
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

“Demi sesungguhnya ! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.” (Surah Ibrahim 14 : 7)

Kadang-kadang…

Kita masih gemar mempertahankan sesuatu perkara, walaupun mengetahui ianya salah secara jelas dan nyata. Selagi dirasai ianya memberi keseronokan/’manfaat’ pada diri, selagi itu akan tetap dijaga walaupun sampai kepada satu tahap dimana sanggup untuk si empunya diri kelihatan ‘kurang cerdik’. Perhatikan 2 situasi dibawah(cikgu pun manusia biasa juga!!) anda baca, anda nilai….

Situasi pertama:

Cikgu fakrul: “musalman, angah demam tambah batuk laaa…dah setahun macam nie, tak baik-baik gak…isk2!”

musalman: “aiK… cikgu pon boleh demam jugak??” berseloroh dengan anaknya barangkali…

cikgu fakrul: ”HaiH musalman nie, cikgu pun manusia biasa juga… bukan setakat jatuh sakit… boleh mati lagi tue! Hehe.”

Situasi kedua:

Murid A: "cikgu buat apa dibelakang tue? Berasap jer saya tengok…. cikgu pun berasap jugak yer, hehe!” kata seorang murid kepada cikgunya dengan senyuman sinis terukir manis dibibir =p.

cikgu rozaimi: “Eh engko nie nak sindir saye ker?… takkan nak berasap(paham2 sendiri) pun nak kene report kat engko ke. Saya pun manusia biasa juga.” Bengang seketika ditambah sedikit malu dimukanya…

Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula. Lebih ramai(artikel RAMAI plak…meh bace skali =p) yang gemar untuk berkata-kata, tanpa berfikir consequences yang bakal menjelma.
ceH!!

ceH!!

Kadang-kadang…

Dalam asyik melakukan maksiat, terdetik secara tiba-tiba di hati bahawa diri ini sedang dimurka oleh-Nya. Paling tidak pun, sesaat pasti ada. Pernah rasa bukan? Ustaz aku kata, ketika itu sayang Allah kepada kita sedang hadir menghampiri, cuma menunggu reaksi daripada kita untuk menyambutnya sahaja. Peringatan yang amat berharga daripada Pencipta kepada makhluk-Nya, jarang-jarang sekali untuk dijumpa. “Aku tahu benda nie haram….Tapi apakan daya…” kerap-kali begini desus hati kecil kita. Ya, tidak dinafikan melayan nafsu itu memang cukup enak, sedap hingga menjilat kaki orang kata, hehe!! Makin dibuat, makin terasa nikmatnya… walaupun diri mengetahui ia hanyalah sementara sifatnya. Aduuuh, ruginya kita! Alasan? Kami hanyalah manusia biasa, bukan malaikat yang senantiasa khusyuk, juga bukan nabi yang tunduk lagi tawadhuk. Sukar bukan? untuk memilih antara yang jelas terasa manisnya, dengan yang masih samar-samar dari pengetahuan ilmu manusia (baca: perkara-perkara ghaib). Oh ya, pintu taubat Allah itu kan sentiasa terbuka untuk hamba-hambaNya… nothing to be worried about laa bro…*sambil senyum sampai ke telinga*. Oh ya juga, mungkin terlupa agaknya… yang mati itu tidak mengenal usia. Tua ker….muda remaja ker…. Neonates ker… walau foetus sekalipun, bila-bila sahaja. Merupakan qadha’ dan qadar yang sudah ditetapkan sejak azali lagi. Tuntasnya, ingat pada mati sebelum atau ketika sedang asyik menzalimi diri. Lapangkanlah dadamu untuk menyambut kasih dari Ilahi yang senantiasa memerhati. Bertindak sebelum terlambat!!
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ثُمَّ إِلَيْنَا تُرْجَعُونَ 29:57

“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.”

kematian tidak kenal usia dan juga masa

kematian tidak kenal usia dan juga masa

Segala kadang-kadang yang tertera diatas sesungguhnya untuk peringatan diri sendiri, jika anda rasa ingin berkongsi bersama saya… ahLan wasa7lan saya ucapkan. Peringatan perlu dikongsi, agar diri mampu sama-sama kita koreksi. Sungguh, iman itu adakalanya turun jatuh menjunam, adakalanya tinggi melepasi ciptaan alam. Kerana kita hanya manusia biasa, yang sering diberi pilihan untuk diputus oleh akal fikiran. Bukan pula diciptakan fikiran, demi mencetus 1001 alasan untuk lantang menyatakan “AKU HANYA MANUSIA BIASA…”

Sekian, ma3assalamah….. =)

Sunday, April 17, 2011

Kenapa Aku Masih Single?


hari terakhir kelas psikologi pendidikan semester 2 2010/2011

Artikel ini sedikit sebanyak membuatkan aku sedar, Hanya doa yg mampu ku iringi untuk jodohku walau dimana dia berada,kerana sesungguhnya, Allah sudah tentukan kebahagiaan dunia akhiratku hanya dengannya.Insyaallah.


Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.


selepas dari beraya then pergi main boling sept 2010

Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.


Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.


Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.


Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.


Dinner Kolej Perdana 2011
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.


Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.


Demikian juga perkahwinan.


Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kea lam berumahtangga.

Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.

Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.


Breakfast tepi pantai Port Dickson Dalam Kenangan

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya.Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.

Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.

Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat. Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.

Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.


Program SPM'11 Port Dickson Dalam Kenangan..=)

Tuesday, April 12, 2011

TUGAS GURU - Bukan sekadar 7.30pg sehingga 1.30ptg sahaja...

BAKAL-BAKAL GURU YANG AKAN MENDIDIK ANAK-ANAK BANGSA



TUGAS2 SEORANG GURU
1. Menulis rancangan mengajar

2. Menanda kedatangan murid/pelajar

3. Menanda buku kerja murid. 1 murid = 3 buah buku 1 kelas = 45 orang murid Jumlah Buku bagi 1 kelas = 135 Buah buku Seorang guru akan mengajar sekurang-kurangnya 5 kelas > 5 X 135 = 675 Buah buku.

4. Menghadiri/ mengendalikan pelbagai jenis mesyuarat - Mesyuarat JKK sekolah - Mesyuarat Guru - Mesyuarat Sukan - Mesyuarat Panitia seorang guru mungkin ada 2 panitia - Mesyuarat PIBG - Mesyuarat Kelab Guru - Mesyuarat Kokurikulum - Mesyuarat Program lebih dari 6 program anjuran sekolah Hari Guru Maulidur Rasul Maal Hijrah Kemerdekaan Bulan Bahasa Hari Anugerah Sekolah Selamat

5. Aktiviti kokurikulum, kadang-kadang seorang guru bertanggungjawab terhadap 2 unit - Perjumpaan unit uniform kekadang hadir Sabtu - Perjumpaan permainan tambah untuk pertandingan pulak - Perjumpaan persatuan / kelab - Latihan rumah sukan setiap minggu

6. Menghadiri pelbagai jenis kursus dalaman / luaran

7. Mengisi pelbagai jenis borang. Borang keluar masuk & buku keluar masuk Borang emis / hrmis/ label Buku Hadir Kursus / balik dari kursus Borang Fleksi PMR / SPM Borang kehadiran murid ke kelas fleksi Buku Pemantauan / salah laku murid Buku catatan relief guru Buku tugasan mingguan Laporan mingguan Laporan keceriaan Borang menghantar dan mengambil kertas peperiksaan selepas mengawas peperiksaan Buku Kokurikulum murid Borang permarkahan kokurikulum



7. Menghantar murid ke Klinik

8. Mengisi maklumat murid di dalam file peribadi

9. Menceriakan bilik darjah selalunya duit poket sendiri

10. Mengisi markah ujian/ peperiksaan

11. Mengisi data murid SMM

12. Menangani masalah disiplin murid / pelajar

13. memasukkan data disiplin di dalam e-disiplin

14. Melayani karenah Ibu Bapa / penjaga

15. Mengecat sekolah

16. Membersihkan bilik / stor / bilik khas

17. Menganjurkan program-program wajib (Hari terbuka dsb)

18. Menyiapkan program Head Counting

19. Melaksanakan pelan tindakan PPD, JPN (seperti KIA2M, etc)

20 Menyiapkan file gerko, persatuan, kelab dan sebagainya

21. Menghantar murid ke pertandingan atau kejohanan

22. Mengendali masalah / kebajikan murid

23. Menunggu semua murid pulang sebelum guru pulang.

24. Mengadakan kelas tambahan, kelas intensif dan sebagainya

25. Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM)

26. Berniaga (jualan hari kantin, etc)

27. Menjaga kebajikan murid / ke rumah murid bermasalah

28. Bekerja lebih masa (menyiapkan pentas, backdrop, banner dsb)

29. Menyediakan kertas peperiksaan / ujian

30. Menanda kertas peperiksaan / ujian. 1 subjek 2 paper – 2 2 x 45 = 90 90 x 5 = 450 kertas

31. Perkembangan staf

32. Mengendalikan perhimpunan murid

33. Gotong-royong kadang2 guru perlu bawa semua alatan




* Terdapat lagi tugasan sebagai seorang guru terutama yang ada tugas khas….. tetapi cukuplah sekadar ini untuk nilaian kita bahawasanya tugas seorang guru amatlah berat. Walaupun kita sering menganggap cikgu cuti banyak dan sebagainya. Tetapi hakikatnya tugas seoran guru amatlah berat. Jarang sekali bagi pekerjaan lain membawa balik kerja-kerja pejabat ke rumah, berbanding guru yang terpaksa menanda buku dan menulis rancangan mengajar sehingga lewat malam. Sungguh besar pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa kita.



SELAMAT BERJUANG SEMUA GURU-GURU HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALASNYA…..

Saturday, April 9, 2011

persahabatan selamanya



Hari nie saja aku terasa nak berbicara tentang SAHABAT...

Pada aku sahabat adelah seseorang yg boleh susah senang bersama-sama kite.. kalau nak tahu dia sahabat sejati atau tidak... pada aku... sahabat nie dia sanggup bersusah payah utk kite especially bile kite berada di dalam keadaan susah & berduka... dia yg sanggup menangis bersama-sama kite... tidak ade perasaan iri hati diantara satu sama yg lain... sahabat juga sanggup mengharungi apa jua cabaran dan dugaan... ibarat mencubit peha kiri peha kanan jua terasa... itu lah yg aku boleh katakan dan rasakan sahabat sejati dan sehidup semati...



Memang tak dinafikan sangattt susah nak mencarik sahabat2 begini... tetapi malangnyer ade juge sesetengah manusia yg tak penah bersyukur dan berterima kasih apabila dikurniakan sahabat sejati! aku tak tahu sama ade dia sedar atau tidak yg dia mempunyai sahabat sejati... tapi itulah malangnyer bile dia tidak sedar.. sesungguhnya dia telah kehilangan sesuatu yg sesunguhhnya sangat2 susah nak dicari dlm hidup ini!

Aku rasa & berpendapat... banyak org yg suke takat nak berkawan ala.. gitu gitu aje.. like sooo sooo dah laahhh.. tak mo berat2 kan kepala biler berkawan rapat.. susah nak jaga hati maybe.. but to me.. kalau kite betol2 paham memahami... sayang menyayangi antara satu sama lain... aku rasa masalah ini takkan timbul! sama jugak lah dlm hubungan suami isteri.. kalau kite tak paham memahami... maka sangat mudah satu ikatan rumahtangga tu nak runtuh... well.. it's an communication BREAKDOWN! so... dlm sesuatu perhubungan tuu... sifat saling paham memahami adelah sangatt penting! Oh yaa.. bertolak ansur juga penting!



Malangg seribu kali malanggg.. bile ade manusia yg tak reti nak value & appreciate erti dan jugak nilai sesebuah persahabatan! ade manusia yg sangatt durjana sampai sangggup menggunakan sahabat demi kepentingan mereka sendiri! biler susah... pandai di carik... sahabat dia jugak lah di cariknyer.. sanggupp... time tu dan2 dia ingat pada sahabat nyaa.. tapi biler dia dah senang... biler dia dah dpt apa yg dia mahukan... teruss.. dengan sekelip mata dia boleh lupaa akan segala pertolongan ikhlas yg penah sahabat dia berikan! lagi sadisss... biler ade jugak sesetengah manusia yg boleh dan sanggup hingga sampai tahap memfitnah sahabat sendiri! tanpa usul periksa dan jugak tanpa sebarang bahan bukti... mereka tanpa rasa sedar diri memfitnah sahabat yg telah banyakk membantu mereka selama ini...

Isshh.. macam2 kerenah manusia nie kan... itu belum lagi yg sahabat makan sahabat... ok.. kenapa aku tak guna perkataan KAWAN disini.. sbb pada aku kawan itu adelah terlalu general... kawan nie adelah golongan kenalan kite yg kite berkawan.. tetapi kite tak se-close like we will share lots of our story with them... especially our private life... and also our problems... however... kalau kite dah close with seorang kawan.. kite dah mula percaya pada mereka.. kite akan mula bercerita banyak perkara tanpa ade sebarang sempadan.. we will share everything.. our sadness & happiness with no border line in it! begitu lah bile dah ade kepercayaan... disitulah bermulanyer episod sebuah persahabatan... dari kawan bertukar menjadi sahabat setia yg sanggup susah senang bersama...



Just remember.. your true friends will never betray you... sahabat sejati takkan penah menikam kamu dari belakang... dia takkan mengumpat akan hal kamu... dia tidak akan membiarkan kamu dalam kesedihan... kamu boleh rasa ade sifat dan nilai kejujuran dlm pertalian persahabatan kamu.... sahabat sejati juga akan ingat dan mengenang segala pertolongan yg penah kamu berikan pada diaa.. dan juga sahabat sejati akan sentiasa memberi kritikan yg membina dan menegur segala kelemahan kite..

Yea memang betol.. no body is perfect! ade masa pasti kite akan ade juga perselisihan faham... tapi disitulah kite perlu pupuk sifat faham memahami... kalau ade any arguements.. just argue on it.. then later just forgive and forget... BUT with 1 condition... DO NOT repeating the same mistake again and again.... try to give and take... understand each other more... then insyallah... you'll happy forever and ever! ;)

Friday, April 8, 2011

Wasiatku =)

bersama kawan2 yang sangat baik, sporting dan terbaikkkkkkkk 1 april 2011



Bismilahirrahmanirahim
[Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang]

Mati.

Ia adalah suatu yang pasti bagi setiap yang menghela nafas pemberianNya. Ia adalah kitaran kehidupan. Malah kita tidak diberitahu akan waktu dan saatnya. Ternyata ianya bermakna kita harus mentaatiNya dalam setiap nafas dan menjadi hambaNya dalam erti hakikat yang sebenar.

Lantaran itu, tidaklah terlambat untuk aku menyampaikan wasiatku sebelum Izrail, sang malaikatul maut membawaku berjumpa dengan kekasih agung yang terlalu aku rindu untuk bertemuNya.

Dan ku rasakan, pertemuan agung itu semakin hampir, seolah sesaat aku menghela udaraNya ini. Bahkan lebih hampir dari itu!!

Sahabat yang aku cintai dengan sepenuh hatiku, inlah wasiatku maka bacalah ia dan laksanakannya penuh tanggungjawab. Moga ruh aku bergembira menantimu di Syurga. Ameen.

1. Aku berwasiat kepadamu dengan wasiat manusia teragung, Muhammad SAW kepada umatnya.

" Jagalah solat, jagalah solat dan jagalah solat."


Janganlah tinggalkan solat jemaah sekalipun terpaksa merangkak! Sungguh besar ganjarannya dan ternyata ia adalah sunnah baginda Rasulullah SAW.

2. Atas segala yang dipertanggungjawabkan atasmu, penuhilah ia dengan penuh amanah. Sabda Rasulullah SAW:

"Setiap kamu adalah pemimpin, dan kamu akan ditanya atas apa yang kamu pimpin”. (Mutafaq 'alaih)


Sahabat, sedar atau tidak, amanah yang diletakan atas bahu kita terlalu berat. Usahlah mengambil mudah. Walau kita hanya memimpin dalam keluarga kecil, jadilah ayah dan suami yang adil, apatah lagi memimpin ummah!

3. Melewati kepada daie ilallah itu ujian yang sering dituturkannya kepada masyarakat manusia. Benar, seruan kepada kebaikan itu wajib bagi mengembalikan umat yang kian jauh ini kembali kepada Ilahi namun harus engkau menjadi orang yang pertama melakukannya, jika tidak, engkau celaka. Dengarlah firmanNya :

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya. Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. ( As Saff : 2-3)


4. Sahabat, aku berwasiat padamu berikanlah ketenangan dan ceriakanlah hati serta jiwa ibubapamu. Layanilah mereka dengan penuh kasih sayang. Usahlah kau melukakan hati mereka walau sekali! Dan sampaikanlah doa untuk mereka seperti yang diajar kepada kita :

"Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil."


5. Al Quran adalah petunjuk bagi orang-orang beriman. Lantaran itu, aku berwasiat padamu wahai sahabat, cintailah ia. Cintailah ia sebagai mana cintamu pada sang kekasih hati,bahkan lebih dan jauh lebih dari itu!! Pabila ia jauh, sembilu rindu pasti menusuk hatimu.

Sahabat, bacalah ia. Fahamilah ia. Dan amalkanlah ia. Jadikan ia benar-benar melekat pada jiwa ini. Pastikan kita bersatu dan berpadu dengannya. Moga ia menjadi teman yang setia di hari akhir nanti.

6. Maafkanlah aku. Andai ini ucapan terakhir aku, andai pertemuan semalam adalah pertemuan terakhir kita, aku mohon sejuta kemaafan. Aku sudah sedaya menjadi sahabat yang baik dan setia padamu. Andai yang terkurang, itulah adat aku sebagai manusia yang dhaif dan hina. Maafkanlah aku sahabat. Dan sudah pasti aku sudah memaafkanmu.

Terakhir, terima kasih atas segalanya.

Inilah wasiat ringkasku.


al faqir ilallah
junaidiahmad
05 April 2011
Wang Ulu, Bintong.

(Sejujurnya, aku tujukan nasihat ringkas ini buat diriku terlebih dahulu. Semoga aku kuat untuk melaksanakannya terlebih dahulu "Ya Allah, jauhlah kami dari mereka yang celaka.")

----------------------------------------------------
Dan janganlah kamu berasa lemah dan berdukacita, sesungguhnya kamu adalah yang paling tinggi jika kamu (benar-benar) orang yang beriman.[Al-Imran: 139]

Thursday, April 7, 2011

salahkah menjadi miskin?


Sebaik sahaja saya duduk di meja makan di kantin, seorang rakan sekerja ringan mulut bertanya,"Bagaimana dengan rumah baru? Sudah penuhkah isi rumah?"

Saya cuma tersenyum teringatkan mereka semua tertanya-tanya keadaan rumah baru saya yang kini saya duduki seorang diri. Mahu ber'uzlah', mengurangkan percakapan sia-sia dan yang sebetulnya dijemput tuhan untuk berpindah melalui mimpi dan gerak hati (walaupun ramai yang menyangka saya berjenaka apabila saya mengatakan datang seru dari mimpi kerana perpindahan saya sangatlah tiba-tiba dan tak ada pucuk pangkal, beyond explanation).

"Tak beli apa pun. Beli tilam sahaja. Mesin basuh pun tak ada. Yang lain macam orang bujang la. Buku–buku saja penuh rumah saya. Hihi"

Sebetulnya duduk di rumah baru itu sangat mencabar minda, fizikal dan ekonomi saya kerana tinggal seorang diri dan menuntut pengorbanan dari segi kehendak duniawi.

Di rumah lama, saya berkongsi dengan rakan-rakan, kelengkapan rumah semuanya lengkap, kerana masing-masing membeli bahagian masing-masing memenuhkan isi rumah.

Rumah lama juga sangat dekat dengan tempat kerja sampai hanya jalan kaki ke tempat kerja. Rumah baru lebih jauh, dan saya pula pergi ke tempat kerja sehari kadang-kadang berkali-kali untuk program itu dan ini dari pagi sampai ke malam, maknanya minyak kereta pun berkali-kali gandalah jadinya.

Berpindah ke rumah baru ibarat memulakan kehidupan baru. Yang ada cuma televisyen yang mana piring Astronya belum saya pasang di bumbung sehingga kini (dah lebih sebulan), rak buku serta beberapa barang-barang rumah lain yang sangat basic, kalau yang lengkap itu mungkin perencah nak memasak saja.

Ibu dan ayah yang sudah beberapa kali datang meninjau-ninjau rumah baru anak mereka ada juga cuba untuk memenuhkan isi rumah, katanya agar lebih selesa tetapi saya tolak kerana takut bahawa keselesaan akan menjadikan saya lagi malas. (Ada kipas kecil pun dah rasa tak mahu bangun tidur)

Dan rasanya itulah yang cuba Allah didik, ya! Tinggalkan kegilaan dunia yang tak pernah habis dan surut. Keinginan tidak akan pernah kenyang, bisikan-bisikan akan sentiasa datang mengatakan kita perlukan itu, ini, dan lain segala-galanya yang sebetulnya cumalah kehendak yang diada-adakan.

Saya yakin inilah jalan pilihan Allah untuk saya. Tinggal di rumah kecil ini dan menggunakan rezeki kurniaan Allah untuk apa yang perlu bukan apa yang saya nak. Kenapa semua orang sangat takut hidup susah? Teruk sangatkah jadi miskin?
Kisah Nabi

Menelusuri sirah dan menyingkap hikmah disebalik kehidupan manusia agung, cinta kedua kita setelah Allah s.w.t iaitu Muhammad bin Abdullah, penghulu kita di akhirat kelak, menimbulkan persoalan-persoalan yang tidak ada penghujungnya di kotak fikiran.

Persoalan-persoalan ini membuat saya bertanya,"Dimana cacat celanya sirah ini sehingga kita gagal membuka mata seluas-luasnya mengambil iktibar serta menjadikannya panduan kehidupan?"

Jawapannya tiada. Tidak ada.
Penyempurna Akhlak

Dilahirkan pada hari Isnin, 12 Rabiulawal, Tahun Gajah, Nabi Muhammad diutuskan bagi menyempurnakan akhlak manusia. Jika dikaji dan diikuti dengan teliti, setiap peristiwa yang terjadi di dalam hidup baginda tidak ada yang kebetulan sebaliknya penuh dengan pengertian dan sebab musababnya.
Pengajaran di Zaman Kanak-kanak

Ketika baru dua bulan di dalam perut ibunya, Allah s.w.t telah mewafatkan ayah Nabi, Abdullah bin Abdul Mutalib dan apabila menginjak usia 6 tahun, satu lagi tempat bergantung iaitu ibunya Aminah telah diwafatkan Allah.

Mengapakah Allah menghilangkan kasih sayang ibu bapa daripada Muhammad ketika beliau masih kecil? Ini tidak lain tidak bukan untuk mengajar Nabi dari kecil agar cekal dalam menghadapi kehidupan. Tambahan lagi, kecekalan dan kekuatan jiwa inilah yang akan diperlukannya kelak dalam menghadapi penentangan penyebaran dakwahnya kelak apabila diangkat menjadi Nabi.

Percaturan Allah dalam melakar kekuatan jiwa Muhammad s.a.w juga boleh dilihat dengan pemilihan Abu Talib sebagai penjaga Nabi setelah ketiadaan ibu bapa walhal terdapat anak-anak Abdul Mutalib yang lain yang dilihat lebih mampu memelihara Nabi kerana lebih kaya dan segi harta dan wang ringgit.

Namun hak penjagaan diberikan kepada Abu Talib, iaitu antara saudara termiskin ketika itu. Abu Talib sendiri mempunyai ramai anak tetapi dengan berbesar hati memelihara Nabi Muhammad s.a.w. Ibrahnya di sini Allah juga tidak mahu lelaki istimewa yang bakal menyeru umat manusia kepada Allah menjadi seorang pemimpin yang dimanjakan dengan wang ringgit dan harta kekayaan dunia.

Mengapa? Kerana mana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu erti kesusahan dan kepayahan dalam hidup dapat menjadi seorang pemimpin yang memahami dalam erti kata benar-benar dapat menyelami hati pengikut-pengikutnya terutama yang serba daif dan kekurangan.

Berbeza dengan pemimpin hari ini yang mana pemimpinnya mempunyai harta melimpah-ruah serta rumah-rumah mewah tersergam indah laksana istana tetapi mengaku faham akan kesusahan rakyat.

Tidak sama, antara mengetahui dengan melihat, merasai, mengalami sendiri, dan menyangka anda memahami, setiap satu ini cukup berbeza pengertiannya antara satu sama lain.

Seorang pemimpin yang tidak mengamalkan gaya hidup zuhud, boleh sahaja menderma beberapa bahagian daripada hartanya kepada orang susah tetapi pulang ke rumah masih mampu tersenyum kerana masih mempunyai tilam empuk yang menyambutnya berpenat lelah bertemu rakyat.

Nabi Muhammad s.a.w tidak begitu. Malahan tidak ada orang yang lebih mengetahui pengertian kepayahan, kesusahan hidup melainkan baginda tetapi pada masa yang sama membesar sebagai individu yang cukup hebat akhlak, perlakuannya, tingkah lakunya, tutur katanya di kala dunia sekitarnya rosak remuk, redam digodam kejahiliahan manusia. Inilah manusia yang dijaga Allah s.w.t untuk memimpin kita beriman kepadaNya.

Tatkala dijaga Abu Talib, Nabi Muhammad juga tidak pernah berebut makanan dengan sepupu-sepupunya. Acapkali beliau hilang apabila tiba waktu makan, tetapi selalu menjadi yang terdahulu apabila menawarkan diri untuk membuat kerja.

Tidur dalam keadaan lapar juga merupakan satu kebiasaan bagi beliau. Indahnya akhlak Nabi adalah apabila baginda selalunya lebih lapar daripada sahabat-sahabat tetapi apabila ada yang menawarkan makanan, baginda tidak sanggup kenyang sendirian walaupun makanan itu hanya cukup untuk beliau dan beberapa orang sahabat sahaja sebenarnya.
Rahsia

Sedarkah kita sejak dari awal kehidupan Nabi Muhammad s.a.w, Allah telah melukiskan sebuah kisah yang mana mengajar kita keyatiman itu bukan satu keaiban, kemiskinan itu tidak bermakna kemelaratan, dan kekurangan itu bukan satu kelemahan tetapi sumber kekuatan, kecekalan, acuan hebat dalam mencorak akhlak agung yang menjadi suri teladan sekalian umat.

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu" (Al-Ahzab:21)

Lalu siapa yang mengajar kita bahawa miskin itu hina? Bahawa miskin itu rendah darjatnya? Bahawa kekurangan itu kecacatan. Tidakkah kita sedang ditipu oleh ideologi yang hebat menggasak ketamadunan manusia hari ini bahawa kaya bisa membuat kita bahagia, kaya bisa membuat kita dipandang mulia, kaya dan keselesaan hidup itu segala-galanya. Kita diajar malu menjadi miskin.

Mana mungkin Allah terlupa menyebutkan ini di dalam kitabNya seandainya inilah tujuan kita dijadikan, seandainya inilah kiblat tujuan kita dalam kehidupan ini, menjadi kaya sekaya-kayanya.

Kita takut dengan bayang-bayang kesusahan padahal itulah sebenarnya jalan untuk berkenalan dengan kisah hebat seorang rasul ulung walaupun tidak mungkin dapat kita rasai kesusahan seperti baginda.
An eye-opener

Perjalanan saya ke kawasan perumahan (di sebuah perkampungan terpencil), seorang pelajar yang amat akrab dengan saya membuka mata saya dengan lebih luas. Tidak saya sangka, rumah-rumah mereka terletak begitu dekat antara satu sama lain, persis kisah-kisah sinetron dari seberang yang ditonton dalam televisyen.

Dari luar, terpancar jelas kehidupan mereka serba kekurangan dan mereka ditinggal kemewahan moden yang telah menjadi darah daging di dunia luar.

Tidak lama kemudian ibu pelajar tersebut muncul, riak wajahnya hiba, barangkali terharu saya datang menjemput anaknya sehingga ke kampung mereka yang jauh dari bandar. Ketika bersalaman, terasa hangat tangan kasih seorang ibu mengharap saya menjaga anaknya seperti dia menjaganya setelah menitipkan pelajar itu kepada saya. Dia seakan-akan tidak mahu melepaskan tangan saya.

"Cikgu datanglah ke rumah nanti. Cikgu tidur di rumah kami ya?"

Ketika itu menjalar sejenis perasaan di hati saya, mungkin kagum pada masa yang sama terharu dan sebak. Teringat saya, pada hari sebelumnya pun pelajar itu beriya-iya mengajak saya bermalam di rumahnya.

"InsyaAllah lain kali saya datang ke rumah. Hari ni dah tak sempat. Sebab pengajian bermula 9 pagi, sekarang pun dah nak pukul 9"

Setelah ibu dah ayah itu melambai-lambai, kereta saya menderu laju memecah laluan sunyi ke bandar.

Sepanjang perjalanan ke masjid, perasaan saya jadi tidak menentu. Fikiran pula melayang jauh. Saya malu. Saya malu dengan kejahilan saya sendiri. Saya pernah malu dan berasa rendah diri kerana satu ketika dulu saya pernah merasa malu menjemput sahabat ke rumah kerana rumah saya tidak sebesar rumah mereka.

Di manakah kesyukuranku, ya Allah. Ceteknya akalku. Besarnya hati mereka. Ya Allah janganlah kiranya kau membiarkan dunia mengotorkan hati mereka yang bersih ini.
Penutup

Seandainya pintu hijrah terbuka, berhijrahlah. Berhijrahlah kerana Allah. Berhijrahlah kepada Allah. Tidak usah takut kepada kesusahan, kekurangan, kesempitan atau kesulitan. Bukankah rezeki itu milik Allah dan Allah juga yang mencukupkanmu?

Tidak pernahkah kau mendengar orang yang terasa kurang, sempit, sulit di dalam kecukupan malah kemewahan lantas merasa hidup kosong dan tidak berguna?

Ya Allah jauhilah kami dari tergolong dalam golongan sebegitu. Amin.

- Artikel iluvislam.com